Saturday, April 25, 2009

~: Ijtimak Sanawi :~

إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ

“Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang mukmin,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……" (At-Taubah : 111)

Salam alaik,
Maha suci tuhan yang mengurniakan tangan serta kudrat bagi hambanya yang berjuang di jalanNYA bagi meyebarkan syariat Islam agar menjadi cara hidup yang diamalkan oleh setiap masyarakat.

Bahang peperiksaan yang semakin menyengat, telah menampakkan teriknya apabila ramai sahabat-sahabat sudah mula memakukan diri didalam bilik berteleku dihadapan buku-buku mahupun nota-nota yang akan menjadi bekalan pada peperiksaan yang akan datang menjelma kurang 2 minggu lagi.

Apa yang ingin dicoretkan pada kali ini bukanlah mengenai persediaan diri terhadap peperiksaan yang bakal menjelma, tetapi menjurus kepada Ijtimak Sanawi Rakan Masjid yang diadakan pada minggu lepas. Alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH hanyasanya Dialah tuhan yang memberi segala kekuatan kepada diri dan sahabat-sahabat lain bagi memacu perjuangan Islam di bumi UTP ini.

Ijtimak yang buat julung-julung kali diadakan baru-baru ini telah memberikan satu nafas baru kepada saf kepimpinan Rakan Masjid bagi mendengar serta meneliti pandangan-pandangan ahli dari peringkat akar umbi.

Dengan senyuman yang sentiasa menguntum dikalangan saf kepimpinan sesi 08/09 sepanjang Ijtimak berlengsung merupakan tanda keterbukaan hati menerima sebarang pandangan, teguran dan juga kritikan yang membina bagi memacu perjuangan yang didokong selama ini.

Mungkin kecil perjuangan yang didokong ini jika dibandingkan dengan perjuangan menegakkan Islam diluar UTP, tetapi semoga dengan adanya segolongan yang menyeru kearah kema'rufan dan mencegah kemungkaran ini sedikit sebanyak dapat membentuk serta membina suasana yang soleh didalam diri ahli seterusnya disebarkan kepada masyarakat kampus.

Alhamdulillah keberadaan diri bersama saf kepimpinan yang lepas telah memberikan 1001 kenangan yang sukar untuk dilupakan. Khemah Ibadah, KHAS1 (memori pokok getah), Meeting marathon, Family day, liqa', usrah dan sebagainya telah menyebabkan diri ini begitu sayu memikirkan ukhwah yang terbina selama ini akan pergi meninggalkan diri. Diharapnya tidak akan terjadi semoga ukhwah yang terbina terus mekar disulami iman dan taqwa ditambah lagi dengan pelukan rahmah dan kasih sayang ALLAH.

Diri percaya ukhwah yang difahami itu bukan sekadar apabila berjumpa mampu bergelak tawa mahupun berkongsi rasa, tetapi apabila perpisahan menjelma doa turut megiringi dalam hati. Doa yang dipanjatkan kehadrat Ilahi akan terus dilantuni bagi memelihara ukhwah ini.

Berikut merupakan sedikit rakaman kenangan sepanjang Ijtimak Sanawi berlangsung :

Presiden Rakan Masjid 08/09 Akh Hakim sedang membacakan ucapan dasar


Saff Kepimpinan Rakan Masjid 08/09 bersama pemerhati dari USM


Bersama penggerak Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan


Hari ke dua :

Mengundi meluluskan usul


Ucapan pergulungan Perbahasan Ucapan Dasar


Saff Kepimpinan Muslimin 08/09


Saff Kepimpinan Muslimat 08/09


Saff Kepimpinan Rakan Masjid 08/09


Saff Majlis Tertinggi Rakan Masjid 08/09


Presiden Rakan Masjid 08/09 bersama Presiden Rakan Masjid 09/10


"Ya ALLAH ku bersimpuh menghadapMU. Mengharapkan maghfirah dariMu atas segala khilafku ya g telah lalu mahupun yang akan datang, Ku memohon padaMU agar diberikan kekuatan bagi diri ini bagi menyampaikan dakwah ke jalan MU. Ya ALLAH tautkanlah hati-hati ini dengan tautan kasih dan sayang kerana MU, agar hati-hati ini sentiasa mengingati dan menunaikan tanggungjawab selaku hambaMU, Tunaikanlah permintaan diri ini Ya Rabbul 'Izzati.."

No comments: