Monday, April 20, 2009

~: Lagu Rasmi Rakan Masjid :~


Bersatulah kita di jalan Allah

Berjihadlah kita di medan Allah

Menegakkan syiar Islam tercinta

Moga mendapat keredhaan-Nya


Perjuangan ini satu perdagangan

Selamatkan kita dari azab neraka

Itulah janji Allah yang Esa

Tuhan sekalian alam semesta


Perjuangan ini tidaklah mudah

Penuh dengan noda dan ranjau dunia

Bersatulah kita di jalan Allah

Demi menegakkan Islam tercinta


Bersatulah kita di jalan Allah

Berjihadlah kita di medan Allah

Demi membina bi’ah solehah

Bersama perjuangan Rakan Masjid tercinta


Perjuangan ini tidaklah mudah

Penuh dengan noda dan ranjau dunia

Bersatulah kita di jalan Allah

Demi menegakkan Islam tercinta


Bersatulah kita di jalan Allah

Berjihadlah kita di medan Allah

Demi membina bi’ah solehah

Bersama perjuangan Rakan Masjid tercinta


Perjuangan ini satu perdagangan

Selamatkan kita dari azab neraka

Itulah janji Allah yang esa

Tuhan sekalian alam semesta


Lirik : Hamzah Nawawi

Adunan Suara & Muzik : Zul Aiman


Alhamdulillah segala puji bagi tuhan semesta alam, yang mengurniakan kudrat kepada hambanya agar terus berjuang dalam menegakkan syiar Islam di serata dunia. Mehnah dan tribulasi bukan penghalang segalanya, kerana keyakinan pada ALLAH yang ESA.


Mungkin ramai yang terkejut akan kehadiran lagu rasmi Rakan Masjid buat julung-julung kalinya. Lagu yang diadaptasi melalui penghayatan Surah As-Saff ini sedikit sebanyak mampu menggetarkan hati si pendengar yang menghayati perjuanagn ini.

Baik murabithun Rakan Masjid ataupun tidak.

Mantan Presiden menintiskan air mata sewaktu pertama kali mendengar lagu yang mempunyai 1001 makna tersirat ini.

Mantan Bendahari 1 menangis teresak-esak tanpa dapat dikawal dek lagu yang menyentuh hati ini.

Mantan Masul Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan terpana seketika lalu melarikan diri dari ramai orang kerana air mata yang tak dapat ditahan dari terus berjujuran.

Dan ramai lagi, bukan kerana hati kami yang lemah dan sebagainya, tetapi kerana kesedihan dan penghayatan yang tidak dapat dibayangkan malahan tidak tahu dinukilkan dengan kata-kata bagaimana perasaan hati ketika mendengar lagu tersebut.

Ya Allah kurniakan kekuatan buat kami, ku mohon agar diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang penuh dengan noda dan ranjau dunia ini. Satukanlah kami dijalan-MU bagi menegakkan Islam yang tiada bandingannya. Tanamkan semangat kesatuan dan jihad yang utuh dalam dada kami bagi mengharngi segala mehnah dan tribulasi yang mendatang.

Diri ini sedar Ya ALLAH bukan mudah untuk berjuang dijalan MU, jika perjuangan ini dibentangkan dengan karpet merah, nescaya ramai yang akan meleburkan diri bersama perjuangan ini. namun perjuangan ini merupakan satu perdagangan yang memerlukan kekuatan dan pengorbanan yang tinggi bagi menempuh segala cabaran dan dugaan kuatkan kami Ya ALLAH.

"YA ALLAH ku memohon pada MU agar dikuatkan ikatan hati-hati ini, jadikan hati-hati ini sentiasa bertasbih, bertahmid , dan beristighfar kepadaMU. Jadikanlah pemilik hati-hati ini tidak tertipu dengan perjuangan yang dibawa. Teguhkanlah hati-hati ini dengan ikatan yang terbina. Berilah pemilik-pemilik hati ini kekuatan untuk terus beristiqamah di jalan ini . Ampunkan segala kesalahan pemilik hati-hati ini Ya ALLAH..."

1 comment:

Hakim Mohd Nor said...

menangis menginsafi diri...

bersama perjuangan Rakan Masjid tercinta.....


perjuangan ini , tidaklah mudah

penuh dengan noda dan ranjau dunia

bersatulah kita di jalan Allah

demi menegakkan islam tercinta~~~



(TT)