Saturday, May 15, 2010

~: Hutan Belantara :~

Tersebutkan suatu kisah zaman dahulu kala.

Seekor pipit yang dipanggil Birdasata terbang mencari kedamaian diatas hutan belantara yang dipanggil Malisiounous.

Unik sungguh hutan ini ditadbir oleh ketua-ketua kelompok binatang yang hebat-hebat. Ada yang muliakan dengan panggilan Raja, ada yang dimuliakan dengan panggilan menteri. Birdasata menyangka ianya berada di bandar-bandar yang dipenuhi manusia, tetapi kenyataannya ia berada di hutan belantara Malisiounous.

Hutan belantara ini sangat harmoni bak kata si pemerintah Harimau belang yang memperkenalkan slogan 1Hutan. Haih macam-macam. Birdasata semakin rancak berterbangan menikmati udara segar.

Lalu terlihatkan akan keratan akhbar yang mengatakan Kawasan Lopak air tidak boleh digunakan utk tujuan politikus. Sesiapa yang melanggar arahan ini yang menggunakan kawasan lopak air yang mmg menjadi tumpuan penduduk hutan Malisiounous utk mendapatkan air atau sekadar bertanya khabar maka akan emndapat murka dari Singa yg terutama. yang memegang panji fahaman.

Hurm mungkin satu inisiatif yang bagus dikenakan bagi sesiapa yang bertujuan menyalahgunakan lopak air tersebut. Tapi Birdasata terdengar dari Ayamasao bahawasanya geng2 Monyetaro yang dinaungi oleh pemimpin mereka iaitu Harimau Belang dah guna lopak tuh untuk bubuh racun politikus jugak. Lopak-lopak kesian akan dikau, hendak diletakkan perisa jagung mahupun sarsi dihalang, tapi biler diletakkan tuba atau racun serangga c4 takder masalah pulak kesian dikau.

Birdasata terus terbang dan terbang lagi, terkejut sampaikan nak patah sayap Birdasata apabila mendengar khabar negara yg dikatakan memegang Fahaman Paling maju yg diiktiraf oleh negara Kopi Arabica telah meluluskan lesen pertaruhan utk pertandingan membaling boomerang yang akan diadakan di Saws Aferikasa tak lama lagi.

Aiyoyo kenapa kali ni si Singa Berdiam diri ? Adakah sebab seekor monyet yang mengaku menjadi pemimpin kat satu kawasan telah mengeluarkan satu kaedah usul fiqh yg baru "Menghalalkan perkara yg Haram bagi menghalang perkara Haram berleluasa". Kepala otak hg~!!!

Haih Malisiounous apa nak jadi Harimau belang dan barisan monyetaro nyer telah menyalahgunakan kuasa.

Birdasata terbang meninggalkan perkara paling bodoh pernah dilihat.

****************************

"Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu nyata dan di antara keduanya adalah perkara yang syubhat…". (Muttafaqun'alaih)

Imam Nawawi berkata: "Bahawa setiap perkara ada tiga bahagian. Seperti halal yang nyata seperti roti, buah-buahan, minyak dan lain-lain daripada makanan. Begitu juga dengan bercakap, melihat dan berjalan dari amal perbuatan halal yang nyata. Adapun haram yang nyata seperti arak, khinzir, bangkai dan air kencing. Begitu juga perbuatan zina, menipu, mengumpat dan yang seumpama dengannya". ('aunul ma'bud)

Friday, May 14, 2010

~: Education System :~

Hurm, sem ni ramai kawan-kawan sekeliling cam berlumba-lumba nak naikkan pointer, siapkan project kejar coursework mark yg tinggi dan sebagainya, hurm rasa-rasa setiap sem.

Uniknya ada seorang teman sepermainan dari foundation nih, dier selalu igtkan pasal abolish education system. hurm ..

BAgi yang dh tgk cerita 3 idiots try hayati dialog dibawah..


*Now rewind 1 minute of life a bit and think*

*When I asked this question*

*Anybody thought that today we will get something to learn new*

*Anyone..Sir?*

* *

*No*

* *

*Everyone sunk in race*

* *

*What's the use if you come first studying like this?*

* *

*Will you improve your knowledge? *

*No*

* *

*Only pressure will increase*

* *

*and this is a college not a PRESSURE COOKER*

* *

*The lion in the circus also learns to sit on the chair fearing the whip
held in his owner's hand*

*but we call such a lion as well trained, not well educated*


Jdi jom fikir-fikirkan, adakah nk jd well educated atau well-trained ?? or both ??

Jawapan kat tangan masing-masing...


Hikmah itu milik org islam, mana jumpa ambik yer..

Thursday, April 15, 2010

Tuesday, April 13, 2010

~: Ijtimak Sanawi ke-9:~

Logo RM.jpg

Ijtimak Sanawi ke-9

"Menggembleng Kebangkitan Perjuangan"

Tarikh/Masa : 17 (9.00 pm - 11.30 pm)
18 April 2010 (8.00 am - 1.15 pm)


Tempat : Dewan Kuliah 1

Kehadiran : Diwajibkan kepada Semua Ahli Jawatankuasa Rakan Masjid

Sebarang Pertanyaan : Muhammad Aizuddin bin Paiman (019-5213858 / dinpaiman@rakanmasjid.com)
Rose Amira bte Karim (012-4151895 / roseamira@rakanmasjid.com)



Friday, April 2, 2010

~: Selamat Datang Adik :~

Dunia Batu Kaca
Album : G.E.N.E.R.A.T.I.O.N.S
Munsyid : Mirwana

Selamat datang adik
Ini kota sesak
Dunia Batu Kaca
Bisa sesat dan keliru

Jalan ini sibuk
Siapapun takkan berhenti
Mobil silih berganti
Sekalipun kau melintasi
Ada asap hitam memedih

Kota ini panas
Hidup tanpa daunan dan pohonan
Namun bersabarlah dan bersyukurlah
Tingkatkan taqwa
Imanmu kan terduga
Dalam mencari keredhaan Allah

Selamat datang adik
Ke Dunia Batu Kaca
Bisa sesat dan keliru
Kerna neonnya terpadam

Di kota ini berjuanglah
Seteguh kasih ibu
Kitab pemberian ayah
Berilmulah semulia ke arahnya

Jaga dirimu adik
Berilmu dengan mulia
Mengutip mutiara
Di Dunia Batu Kaca
Bekalan untuk ke sana








Wednesday, December 30, 2009

~: Rakan Masjid dan Masyarakat :~

Assalammualaikum wbrt.

Mahasiswa dan masyarakat merupakan satu jalinan yang tidak seharusnya dipandang enteng oleh mana-mana pihak baik dari kalangan pemimpin negara sehinggalah diri mahasiswa sendiri.

Justeru Rakan Masjid sebuah badan pelajar dari Universiti Teknologi PETRONAS merupakan antara badan pelajar yang dilihat semakin meningkat dari segi aktiviti pembinaan jati diri mahasiswa bersama masyarakat di serata dunia.

Pelbagai agenda yang dirancang setiap penggal dilihat mampu menjadikan Rakan Masjid sebagai tapak bagi semua mahasiswa di UTP ini untuk turun kepada masyarakat sekitar baik di dalam negeri Perak mahupun di serata dunia.

Perkara ini dilihat mampu menjana kualiti kepimpinan dalam diri mahasiswa yang bakal memimpin negara suatu hari nanti. Oleh itu janganlah gusar mahupun segan dalam melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti seumpama ini.

Terdekat Rakan Masjid akan mengetuai Rombongan Misi Kemanusiaan ke Padang (klik). Diharapkan program-program seperti ini dapat terus dijalankan dari semasa ke semasa.

Monday, December 14, 2009

~: Khemah Ibadah 2009 :~

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dirafa'kan kehadrat Ilahi atas limpah kurnia yang tiada bertepi.

Gembira,sedih, lega dan macam-macam perasaan yang bermain dihati ini tatkala Khemah Ibadah 2009 melabuhkan tirai.

Alhamdulillah pelbagai pengalaman yang dapat ditimba daripada Khemah Ibadah pada kali ini. Bermula 3 Disember hingga 13 Disember perlbagai ragam manusia dapat kukenal, pelbagai perkara dapat ku pelajari, baik dari segi pengurusan, pengawalan emosi, yang paling penting sekali khauf war raja' (takut dan mengharap) pada Allah.

Bermula 3 Disember - Rasa keberatan meninggalkan kampung halaman di Klang tatkala baru bercuti beberapa hari selepas kertas terakhir peperiksaan akhir semester. Namun kutahu, pemergianku kali ini adalah untuk mencetak sebuah generasi yang insya ALLAH satu hari nanti akan menjadi generasi pemimpin yang berilmu dan bertaqwa kepada Allah.


Mesyuarat MTME Khemah Ibadah 2009 (aku sebagai pengacau)


Bermulanya TOT pada hari pertama dengan agak hambar, namun sikap optimistik yang selalu kulaungkan sedikit sebanyak terkena pada diri sendiri. Semangat yg ada menjadi bekalan untuk terus melangkah bersama skretariat Khemah Ibadah Musim Cuti Sekolah 2009.


Bermulanya sesi TOT di sebelah pagi

TOT dalam bilik kuliah


TOT malam hari dipadang


Ketabahan yang dipaparkan oleh skretariat kali ini sudah cukup untuk ku memujuk hati ini untuk terus bersama-sama mereka dalam menjayakan program kali ini.

Pembawakan TOT kali ini yang melebihkan modul-modul bagi mengeratkan ukhwah sesama skretariat akhirnya membuahkan hasil. Bermula dengan tarik menarik tangan, tepuk-menepuk lutut, usung mengusung, sehinggalah peluk memeluk, opss tidak lupa juga senaman si Tommy yang ckup keanak-anakan berjaya merapatkan ukhwah dikalangan skretariat. Tahniah diucapkan kepada Abg Chik aka Abg Anuar.


Abg Chik aka Abg Anuar


Operasi baling membaling orang


Tepuk menepuk lutut

TOT akhirnya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, Tahniah kepada Unit Modul, Aktviti dan Disiplin (MAnD) atas sikap keterbukaan menerima teguran dan pendapat yg ditonjolkan. Bak kata Head Department MAnD 2008, "MAnD nih tulang belakang Khemah Ibadah", kata-kata ini terbukti apabila seluruh warga muslimin MAnD diuji dengan deam dan ketiadaan suara diakhir TOT. Berkata seorang sahabat "Takder Amminol, Saufi ngn Nik Ariff macam mana Khemah Ibadah nk gerak" hehe tp kiter kne ingat, individually we are a drop, together we are an ocean.


Department Modul, Aktiviti dan Disiplin


Opps bkan MAnD sahaja yang menunjukkan kecemerlangan dalam bergerak kerja, malahan department lain juga tidak kurang hebatnya dalam menjalankan amanah yg telah diberikan. Allahurabbi, hanya Allah sahaja yg mampu membalas jasa mereka penggerak Khemah Ibadah Musim Cuti Sekolah 2009. Barakallahu lakum.

Bermulanya hari pendaftaran yang sungguh memenatkan, namun para skretariat tetap utuh dengan jiwa yg kental, tidak kenal erti putus asa, yang penting kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi~!! Masing-masing memainkan peranan dengan baik, ada yang bertindak sebagai penyambut tetamu, pemeriksa borang, pemeriksa kesihatan, pengedaran file-file dan juga yang menguruskan penempatan. Semuanya menunjukkan kesungguhan yang tidak berbelah bagi. Alhamdulillah jumlah peserta yang mendaftar mencecah kepada 404 orang.

Penyambut tetamu, Abg Chik dan Abg Amin
Kaunter Pertama, Abg Busu dan Abg Chik (Abg Chik beralih tugas)

Kaunter yuran, Abg Zaiyinul
Kaunter pemberian Name Tag dan File, Abg Ilmi

Kaunter penempatan, Abg Syukri

Kaunter pemeriksaan kesihatan, Abg Syarmizi


cukup dululah, sambung plak lpas nih....