Saturday, September 20, 2008

~:Qiamullail Perdana :~


PERAK, 20 September 2008- Alhamdulillah Qiamullail Perdana anjuran Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan (LTK) bersama Jabatan Hal Ehwal Siswi (HELWI) Rakan Masjid dengan kerjasama PETRONITA Perak berjaya menganjurkan Qiamullail Perdana ini dengan jayanya.

Huhu Qiamullail kali ini boleh dikatakan berjaya atas beberapa faktor yang menunjukkan profesionalisme dikalangan AJK pelaksana sendiri. Mesyuarat yang diadakan awal serta promosi kepada pelajar-pelajar disini cukup memberansangkan. Tahniah diucapkan.

10.45 pm
Selaku pemantau sengaja suruh semua AJK pelaksana turun bagi melakukan short briefing, adess tunggu pnya tunggu nampaknya macam sorang diri jer kat Human Excellence Center (Masjid Lama) Tak berapa lama lpas tuh nampak la kelibat AJK HELWI yg turut terlibat dalam menjayakan program ini. Then tggu la sampai ramai skit yg dtg baru start.

11.30 pm
Selesai short brief, tggu pulak kelibat Mas'ulah LTK untuk memberikan bookmark serta borang kaji selidik yang akan diberikan kepada peserta esok. SMS tny kat mana, rupanya beliau tgh berusaha untuk menghabiskan Usrah LTK muslimat secepat mungkin, dedikasi sungguh Mas'ulah LTK, Mas'ul nyer plak ?? adess

12.00 am
Huhu kini ak berada kat Bilik Gerakan RM plak bagi menghadiri USRAH MTME RM yang akan diadakan pada pukol 12. Pelikkan kenapa buat usrah tgh malam ?? nih mesti usrah Underground.. haha bukanlah, sebenarnya nih sahajalah masa yg ada utk MTME RM berkumpul sama-sama, sbb masing-masing sgt sibuk ngn aktiviti lajnah mahupun akademik. Lagipun usrah time tengah malam lg best sebab suasana tenang woo ngantuk pun leh jadi tak ngantuk selain tuh ia juga merupakan satu tarbiyyah bgi diri kita yg selalu sgt tido nih. Huhu tggu punya tunggu igt kan takde rorg dah nk dtg, pastuh Bard pal dtg, disusuli dengan Pian, dan akhir sekali Pdot, adess naqib kami tak sampai lagi, nk Kol tp takut kacau dier plak, yer la dah nama Presiden RM mmg sibuk ngn meeting2 dengan kelab lain. akhirnyaaa

1.30 am
Ak kembali ke Masjid lama setelah penat menunggu Presiden kami, ak yakin beliau bukan sengaja tidak menghadirkan diri, tetapi ader tanggungjawab yg lebih besar perlu diselesaikan, hurm kepercayaan kepada pimpinan adalah perlu dalam gerak kerja islam btol tak ??
Masuk je ke HEC terkejut tgk, sbb jumlah orang yg tido kat situ terlalu sikit, tak sampai 10 org termasuk diri sendiri. Ya ALLAH raser cam nak nangis jer memula, then tetiba Umair msg tny keadaancamner, ak cerita la serba sedikit, hurm akhirnya ak bertawakkal sahaja, ak yakin perancangan ALLAH itu lebih baik. Teringat kata-kata Presiden RM, "keberjayaan sesuatu event bukan bergantung kepada jumlah peserta, tp kesan yg derg dapat lepas event tuh sendiri" bkan kata-kata Pres RM cme disampaikan semula oleh Pres RM hehe

Mohd Hakim bin Mohd Nor
Presiden RM 0809 yang sangat mantap..

4.15 am
Ya ALLAH bagaikan nak melompat biler tengaok disekeliling penuh dengan tubuh-tubuh yang ak bergerak, didunia apakah ak ini, Alhamdulillah rupanya time ak tido peserta tidak putus berkunjung tiba, terharu rase hati ini, semoga kalian beroleh manfaat.

4.30 am
Para peserta muslimin mula bergerak ke masjid baru. Ustaz Drs. Dawi Cahyono bin Nurdin (senior executive I/ Imam I) yang akan mengimamkan solat sunat pada malam nih. Ustaz mengumumkan yang pada pagi ini akan beliau kan melakukan solat sunat tasbih sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam. Alhamdulillah walaupun dengar Solat sunat Tasbih, tp para peserta tetap teguh ditempat mereka berdiri. Hurm sunat tasbih kalau mampu tiap-tiap hai kan bagus, tp seumur hidup sekali pon ok juga, cmenyer kiter semua kne sama-sama improve. Ak pulak terpaksa melakukan Solat sunat sendiri terlepas ak ikut ustaz sbb ustaz siap nangis lagi ya ALLAH suci sungguh hati ustaz. hurm apakan daya bg menyediakan makanan untuk para hadirin pada pg td ak terpaksa solat sendiri. Alhamdulillah semua mencukupi.

6.30 am
usai solat subuh Ustaz Dawi tidak keberatan memberikan tazkirah yang berkaitan dengan hati, waa sungguh tersentuh, bagaimana nak tundukkan hati ya. hurm sangat2 best. Lpas tuh Kami semua seperti biasa akan duduk dalam halaqah bagi membaca Al-Ma'thurat. hurm pelbagai ragam hadirin leh tgk time derang baca al-ma'thurat nih.


Khabir sedang khusyuk membaca Al-Ma'thurat

Pak Leh juga khusyuk ...

Imran undescribe..

7.30 am
hurm time nih plak lpas baca al-ma'thurat ader liqa' fasilitator smart group (nuqaba' usrah) plak. hurm time nih masing-masing bgtau masalah yg derang hadapi dalam kendalikan usrah, at least sedikit sebanyak kami dpt bersedia dengan segala mungkin perangai mad'u.

Antara pecahan liqa Nuqaba' yang ada..

8.00-9.30 am
Huhu time nih plak masa untuk riadhah~!! muslimin bertempat di sport complex dan muslimat di tempat parking kereta pocket C. Adess aper plak musl;imat kat car park ?? derang nak baiki kereta ker ?? huhu bukan derang nak main futsal, kat situ tertutup sikit. Hurm muslimat pon sekali sekali kne kasar gak nak melatih diri dalam perjuangan la katakan. Bahagian muslimin plak sgt menyeronokkan, kedatangan Ustaz Zuriat juga turut menambah cerikan sesi riadhah pagi td yg dikendalikan oleh Lajnah Rekreasi, kesenian dan kebudayaan (LrKK). Credits utk Pdot yang telah membawa kami bersatu padu tanpa mengira size, usia mahupun pangkat semuanya turun main bersama, byk perkara lucu yg dpt dilihat, perkara lucu nih bkan akan menjadi bahan perlian tetapi akan menyebabkan sahabat-sahabat lain sentiasa mengingati kita. Hurm time tgh main td tetiba ader org cakap.. " Hurm kalau duduk kat court nih mesti selalu menang.." tanpa bicara panjang org yg cakap td terus sambung balik "ish syirik... kita boleh" hurm time main pon kiter kne selalu kne ingat yang Maha Pencipta agar kita tidak tergolong dalam golongan yg tersesat..

Hurm hebat sungguh mereka menampar bola..

Ustaz Zuriat tidak melepaskan peluang menunjukkan bakat..

Fuhh masing-masing cuba menunjukkan skill yang ader..

Sebelum bersurai..
huhu
Akhir sekali ak berjalan sendirian ke masjid Baru untuk memulangkan peralatan yang dipinjam dari masjid. Hurm sebelum balik sempat bagi ikan kat tasik makan, tenang nmpak tengok ikan berenang dalam air tanpa gangguan. Ketenangan hati lah yang dicari, maklumlah masih bujang katakan, hanya kepada ALLAH tempat mengadu mencari ketenangan dan alam sebagai inspirasi ketenangan.

Berenang mencari rezeki kurniaan Yang Maha Memberi Rezeki..

Apabila makanan dilemparkan...

Berebutlah mereka mencari hidangan kurniaan Tuhan..

10.30 am
sampai di bilik, kemas skit sambil2 tengok feedback form qiamullail perdana, Alhamdulillah rata-rata memberikan rating yg tinggi malahan ader yang mencadangkan agar dibuat lebih kerap qiamullail ini bukan sorang yang minta tetapi ramai alhamdulillah, akhirnya ader kesedaran yg berjaya ditimbulkan di hati hadirin. sebenarnya tiap minggu program qiamullail kat HEC ader, tp penyertaan agak kurang, harap-harap qiamullail perdana kali ini akan menjadi kick-off bg sepuluh ramadhan terakhir ini seterusnya membuatkan HEC bertambah penuh dari semasa ke semasa...


"Ya ALLAH ya Rabbul 'izzati, kurniakanlah kami kemanisan iman, kurniakanlah kami kemanisan ukhuwwah, kurniakanlah kami bekalan taqwa. Ya ALLAh seandainya diri ini lemah, maka kuatkanlah diri ini dengan penuh hikmah, seandainya diri ini merasa takut maka takutkanlah diri ini dengan kekuasaan engkau ya ALLAH. Ya ALLAH kupohon kepada-Mu agar diberikan kemenangan pada perjuangan ini, perjuangan yang tak mengenal erti kesudahan.. kemenangan yang dijanjikan oleh MU. kurniakanlah Ya ALLAH..."


4 comments:

dan said...

akhirnya. post baru.

waah. sibuk ko yek. ade qiamullail perdana, bestnye. i wonder masjid kat intec ni buat bila..bole kuar tak pagi2 aku xtau gak. alhamdulillah ko bole dapat sertai prog mcm ni.

seronoknye tgk ikan yg bnyk tu. takleh pancing n makan ke? ;P

Din Paiman said...

dan : hurm mmg seronok, tak sibuk pon cme terlibat secara tak langsung
jer....

ntah la sem lepas ak tgk ikan talapia byk, pastuh bakak sem nih dh takder.. taktau saper pancing, pastuh tak pasal2 ader balik... ponen nk mikir..

Al-Faqir 'Abdullah Munib ilaiHi said...

salam akhi
kaifahal? lama sungguh x dengar khabar

Anonymous said...

ouh...aku xleh pg ari 2...
huhu