Monday, September 22, 2008

~: Bila Terasa Lemah :~

Salam alaik,

Bila Hati berbicara tiada siapa mampu menduga kecuali tuan empunya juga Tuhan yg Maha Mencipta. Namun dalam menongkah arus kehidupan yang melanda sukar untuk mengunci hati dari terus berbicara. Mengapa ya sukar benar ingin mengunci hati.

Owh terlupa pula hati jika dikunci manakan bisa kita peroleh hidayah dari Allah yang mencipta. Teringat ketika dibangku sekolah rendah dahulu, apabila kumpulan nasyid Hijjaz mendendangkan lagu pandangan hati, ya ALLAH sungguh terkesan dihati ini. Antara lirik yang sukar dilupakan..

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih
Hati tempat jatuhnya pandangan ALLAH
....................

Begitu rupanyakan hati merupakan tempat segala lahirnya sesuatu perbuatan mahupun tindakan samada tindakan yang menuju keredhaan ALLAH mahupun tindakan yang mengarahkan perlakuan mungkar, wa'iyazubillah.

"Ketahuilah bahawa setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Kerahuilah ia adalah hati"

Kadang-kadang kita mampu tersenyum dengan kegembiraan orang lain, tetapi sukar untuk kita menangis dengan kedukaan oarang lain. Kita suka mendengar pengalaman orang lain mahupun kegembiraan oarang lain, tetapi sukar untuk kita berkongsi pengalaman mahupun kegembiraan dengan orang lain, jauh sekali ingin berkongsi masalah, akhirnya hati juga tempat terpendam luka nestapa. Mengapa perkara ini berlaku ya, adakah hati ini sudah malap dengan cahaya ?? ak menginginkan cahaya itu. Kurnikanlah daku cahaya hidayah-MU ya ALLAH...

Petang tadi sesampai dibilik merasakan diri sangat lemah, sangat serabut pun ader, cuba untuk mengawal segala perbuatan yang diluar kawalan. Akhirnya bazar Ramadhan menjadi target untuk melepaskan segala permasalahan yang ada.

Sesampai di bilik cuba untuk cek email yang dikirimkan, lalu ternampak balasan email dari Kak Suria (Ma'ulah LIM) berkenaan email yang dipostkan terlebih dahulu oleh tuan Presiden.

Ya ALLAH, seakan satu perasan menyelimuti diri seusai membaca email tersebut, walaupun email tersebut hanya di copy dan pastekan shaja, namun ianya mampu membuka mata kita selaku hamba yang sering terlupa dengan kalamullah yang mampu menjawab segala persoalan. Lantas hati bersuara, "TAHU sudah, bila lagi akan menggerakkan diri menuju MAMPU ??"

Berikut adalah antara isi kandungan petikan tersebut moga-moga ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua..

Persoalan yang sentiasa bermain diminda yang diselia oleh hati mahupun nafsu...

1-Kenapa aku diuji?

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ۞وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِين

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “sedangkan mereka diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta. " (Al-Ankabut : 2-3)

2-Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,” (Al-Baqarah :216)

3-Kenapa ujian seberat ini?

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (Al-Baqarah : 286)

4-Kenapa rasa kecewa?

وَلاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِين

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman." (Ali-Imran : 139)

5-Bagaimana harus aku menghadapinya?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan ), dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya ( mencapaikemenangan).” (Ali-Imran : 200)

6-Apa yang aku dapat daripada semua ini?

إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ

“Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang mukmin,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……" (At-Taubah : 111)

7-Kepada siapa aku berharap?

فَإِن تَوَلَّوْاْ فَقُلْ حَسْبِيَ اللّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

“Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya.Hanya kepada-Nya aku bertawakal.” (At-Taubah : 129)

8-Aku dah tak dapat bertahan lagi!!!

..... وَلاَ تَيْأَسُواْ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِنَّهُ لاَ يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ

“…..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir.” (Yusuf : 87)

Kini segalanya terjawab, kucuba menggahkan diri ini menempuh segala cabaran yang berkunjung tiba tanpa mengenal erti belas mahupun arah.

Kiri kanan depan dan belakang

Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang menyerang
Bak singa lapar yang garang

"Ya Allah kurniakanlah kami lidah yang lembut basah mengingati dan menyebut nama-MU, Hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-MU dan tubuh badan yang ringan menyempurnakan ketaatan perintahMU. Ya Rabbul 'izzati kurniakanlah kami iman yang khusyu', ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah berikanlah kami iman yang sebenar-benarnya sehingga kami mampu memikul amanah yang diberikan ini, Rahmatilah perjuangan ini Ya Allah, engkaulah sebaik-baik tempat kembali..."

2 comments:

dan said...

masya allah. trima kasih atas perkongsian ini.

hati. anugerah allah yang sangat kompleks.

slmt hari raya..hahah ;P

kerokimi said...

menaikkan semangatku di kala merudum~
syukran ya akhi..
-wishing u blessed n salam akhir ramadhan-