Monday, September 1, 2008

~: peringatan buat diri :~

Alhamdulillah setinggi-tinggi rasa syukur dirafa'kan kehadrat Ilahi
dengan limpah KurniaNya kita sama-sama dapat menjenguk ke bulan yang
menjanjikan 1001 rahsia yang mnyediakan berlipat kali ganda pahala
bagi sesiapa yang berjaya menggunakannya dengan baik.

Hamdalah sekali lagi kita masih dikurniakan nikmat terbesar iaitu
nikmat Iman dan Islam, yang mana tanpa dua nikmat ini mana mungkin
kita akan berlumba-lumba mengerjakan amal ibadat serta kita memahami
apa yang kita kerjakan.

Dikesempatan ini ana mengajak diri ini serta sahabat-sahabat sekalian
sama-sama kita koreksi kembali segala perkara yang telah kita lakukan
selama kita hidup didunia ini. Kita selalu mengatakan "Ak adalah daie,
Ak adalah Khalifah, Ak adalah 'Abid" tetapi ianya hanya tinggal kata-
kata tanpa ada implementasinya dalam kehidupan seharian kita selaku
makhluqNya yang mengaku sebagai seorang Muslim.

Marilah kita renung kembali sirah Rasulullah s.a.w yang mengajar kita
erti perjuangan sebenarnya. 313 mujahidin mara ke medan Badar bg
menegakkan Islam, dalam bulan Ramadhan yang mulia pertumpahan darah
berlaku, tidak kenal erti penat lelah, tidak kenal erti lapar dahaga,
mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Tanpa
kepercayaan yang utuh terhadap ALLAH tuhan sekalian alam, mana mungkin
mereka menggapai kemenangan. Dan tanpa perjuangan mereka jugalah mana
mungkin kita menggapai nikmat Iman & Islam yang kita nikmati sekarang.

Sungguh suci perjuangan mereka. Bagaimana pula dengan kita selaku
seorang yang bergelar Mahasiswa ?? Adakah kehidupan kita seharian
hanya perlu diisi dengan pembelajaran di dewan kuliah mahupun di
makmal-makmal sahaja ?? Fikir-fikirkanlah duhai sahabat-sahabat yg
disayangi sekalian.

Ana yakin kita semua faham apa yg kita perjuangkan, ana juga yakin
kita semua mempunyai cita-cita yang sama dalam menegakkan kalimah
ALLAH di muka bumi ini. Segala yang kita idamkan janganlah dibiarkan
jadi angan-angan semata-mata, tetapi biarlah ada kerja buat yang mampu
mendorong kita mencapai perkara tersebut. Bukanlah sifat seorang
mu'min itu orang yang panjang angan-angannya, tetapi kekuatan individu
muslim itu dalam tahap apapun pada hakikatnya terletak pada lima
perkara iaitu : Thaqafah, Akhlak, Perancangan, Peraturan, dan
Perlaksanaan.

Seorang mu'min itu bukan sahaja mempunyai kefahaman yang tinggi,
tetapi juga mempunyai akhlak yang mampu menjadi contoh teladan bagi
masyarakat serta mempunyai perancangan yang teliti dalam merancana
strategi mahupun perancangan dalam mengatasi masalah-masalah yang
mendatang. Selain itu seoarng muslim itu mampu menetapkan perancangan
dan peraturannya, selanjutnya mampu melaksanakannya berdasarkan
kecerdasan yang sempurna dengan cara yg terbaik.

Sedarlah sahabat sekalian perjalanan kita masih jauh, jadi marilah
kita cuba menjadikan Ramadhan kali ini sebagai titik tolak untuk kita
perbaiki diri kita agar menjadi lebih baik dari sebelum ini. Marilah
sama-sama kita merebut peluang yg tersedia didepan mata, jangan
biarkan Ramadhan ini berlalu begitu sahaja, jangan biarkan Ramdhan
kali ini tidak membawa apa-apa erti kepada kita semua.

akhir kalam, marilah kita sama-sama kita gunakan masa yang ada dengan
perbanyakkan ibadah agar kita mendapat tempat disis ALLAH di akhirat
kelak. Suka ana meminjam motto Ramadhan Discovery pada sem kali ini,
~:Experience the utmost tranquility:~ jadi marilah sama-sama kita
merasai ketengan tahap tertinggi pada ramadhan kali ini.

sekian,
Siru 'ala barakatillah
Wassalam..

No comments: