Saturday, October 20, 2007

~: musolla Saidina Ali :~

Ramai yg tidak tahu selain daripada mempunyai tiga org room-mate yg best, saya juga mempunyai dua org musolla-mate yg sentiasa bersama dengan saya tdo di musolla.

Kami (musolla-mate) terdiri daripada Ahmad Syahmi, Mohd Fais, dan saya sendiri, memang kami banyak melakukan ibadah sirr (tido) di musolla Saidina Ali berbanding bilik kami sendiri. Mengapa ya? Saya pun tak tahu mengapa tp saya mmg ader sbb tersendiri sejak bulan februari lg saya tido di musolla sehingga lpas SPM. Syahmi ngan Fais bulan satu lagi.


Di atas karpet merah nih la kami byk habiskan masa

Sebenarnya di musolla ini juga kami banyak menerima tarbiyyah darpd senior-senior kami serta daripada sahabat handai sendiri, disini juga tmpat menjadi saksi batch kami “settle taaruf” pada 30 Ogos 2006.

Terlalu banyak kenangan di musollah ini, sukar sekali ntuk dilupakan disini jugalah tempat kami berhimpun menadah telinga mengisi rohani yg dahagakan ilmu Ukhrawi. Di musolla ini jugalah kami duduk bersama-sama saling menasihati antara satu sama lain tanpa mengira pangkat darjat mahupun kelas, kami bagaikan satu keluarga yg saling menyayangi antara satu sama lain, risau jika sorang melakukan kesalahan semua akan terasa.

Shamel sedang memberi peringatan kepada sahabat-sahabat

Adess sebenarnya bukan menda nih saya ingin khabarkan tetapi saya ingin khabarkan mengenai musolla–mate saya yang kini berada di perantauan.

Tak sangka pulak, ketika kaki ini mahu melangkah ke dalam masjid, enset tetiba yg mmg sebelum nih saya ske wat silent bergetar. Ingin dimatikan terus, tetapi teringat malam td ader mizkol dari 2 private number yg pernah juga kol time ramadhan.

Angkat enset, tak sangka yg kol saya time tuh musolla-mate saya dri Egypt saudara Fais, ah rindunya ak padamu Fais~!! Agak lama berbicara dengan beliau, sehinggakan tok imam yg akan mengimamkan solat ketika itu membuat pengunguman serta memberi perignatan tentang cara-cara menunaikan solat sunat aidul fitri. Terpaksa saya memohon keizinan utk memutuskan talian drpd beliau. Alhamdulillah nampaknya saudara Fais sentiasa sihat sejahtera.

Saudara Fais dua dari kanan berdiri sebelah saya.

Kira-kira jam 10.45 sementara menunggu kehadiran makcik-makcik dan pakcik-pakcik yg lain berkunjung ke rumah nenek, saya menerima satu lai penggilan yg agak memeranjatkan, kerana selama ini saya hanya berutusan sms saja dengan beliau, kali nih beliau telah menelefon saya sendiri. Memang banyak pengalaman saya dengan dier nih, terutama ketika kami sama-sama menjadi AJK Malam Anugerah Inspirasi Seni, sudah pasti syahmi memegang jawatan Timbalan Pengarah I ketika itu amat sibuk sekali, kerana kesibukan inilah saya dan beliau semakin rapat sehingga terpaksa bersengkang mata sehingga lewat jam 4 pagi setiap hari. Paling tidak dilupakan ketika mengendalikan MANIS bersama beliau nih apabila kami terpaksa menyediakan brochure yang akan diedarkan kepada tetamu yg akan hadir nanti. Sebenarnya ader silap sikt jer tak letak nama BADAR sebagai penganjur, abis kene tuka semua blik, tq Abg Fadeer, huhuhu time tuh dah nak give-up malas buat, seb baik Syahmi cakap, alang-alang dah penat biar penat abis.. adess byk lagi program yg saya dan beliau terlibat secara langsung terutama program yang dianjurkan oleh TJN sendiri. Saya juga amat senang berkongsi masalah ngn syahmi nih sebab saya tahu dier takkan bukak rahsia, saya pun ske jaga rahsia dier..

Tq Syahmi sbb sudi wat ak sebagai salah seorang sahabat ko~!!

Saudara Syahmi ber-kot sebelum ke Jordan

Sebenarnya ssh nak melupakan sahabatkan? Tak sia2 kne marah ngn maki hamun oleh senior2 yg selalu dianggap poyo,(mesti f4 2006 anggap ak poyo gakkan) tp tuh lah manis nyer berkawan, bermula daripada musolla tempat kami saling berkumpul sehingga ke mana2 saja hati kami sentiasa bersama.

Syabab cergas terakhir, idea tercetus di musolla juga

Sebenarnya semua sahabat-sahabat saya Bumi Waqafan best-best belaka tiada yg terkecuali walau sorang pun, Insya ALLAH saya akan coretkan tentang mereka yg lain jika diberi kekuatan. Terima kasih semua kerana sudi menjadikan saya sebagai sahabat kalian. Apa-apapun, musolla tmpat kami memulakan segalanya.


~: Ya ALLAH satukanlah hati-hati kami supaya tetap teguh diatas agamaMU, jadikanlah kami diantara orang-orang yg mendapat perlindungan di bawah arasyMU ketika mana tiada lagi perlindungan lain ketika itu, jadikanlah kami hamba-hambamu yg bertemu dan berpisah keranMU:~




1 comment:

faisazli said...

oit din..
waaa...terharu plak ak ko pgi tulih psl ak...ha3..
"musolla-mate"...bgus jgk istlah bru nih...hakhak..tk kesah r tuh nk pnggl per pon...jnji shbt ttp shbt...right?..k...saje je nyebok sket nih...
ape leh wat din..ak maleh nk taip kt ak nyer blog sndiri, sbb tuh ak conteng jer la kt blog orng len...haha.