Thursday, October 18, 2007

~: Hari Raya :~

Hurm bagaimana ya ingin memulakan entri tentang HAri Raya pada kali ini ??
Sebenarnya raya pada tahun ini merupakan hari raya yang agak kelam kabut bg diri saya sendiri, manakan tidak? Seminggu sebelum pulang ke rumah abg saya menghantar sms suh beli baju raya sendiri, adess jika sebelum ini selalunya Mak yg akan mengaturkan segala-galanya mengenai pakaian hari raya, daripada warna sehingga potongan baju melayu, Tapi kali ni adoii.. Sehingga pulang ke rumah saya masih tidak menghiraukan pesanan abang saya. Pada hari khamis saya cuba untuk mencari alas an keluar ke Bandar bg mendapatkan baju raya, sehelai pon jd la. Akhirnya tercipta alas an apabila ternampak Acu (adik saya yg ke-3) sibuk mencuba songkok yg baru dibeli.
“Mak, din nak ke pasar jawa jap nak cari kopiah” seb baik ader alasan.

Dengan ditemani Acu, saya memandu kelisa merah kesayangan menuju ke Pasar Jawa, adess ramai la pulak org kat sana, adoii malang nyer nasib na cari parking susah, alang-alang dah ader dlm keter terus ke shah alam jer la lg senang.

Sampai di shah alam, gi Kompleks PKNS ingat nak cari baju melayu sepasang, cari-cari tapi satu pun takder yg berkenan dihati. Bila piker balik kalau raya 2 thn lepas summer adik-beradik pakai baju melayu sepasang warna biru, tahun lepas plak summer mengenakan jubah, jd tahun nih summer nak bebas plak. Adess masalah betul nak cari baju nih. Last-last nampak gak ader org jual “Kurta”, mmg nih la baju yg dah lama saya idam-idamkan nak pakai, tp Mak tak nak buatkan, kat KISAS dlu pun tak digalakkan pakai kurta, sbb Ust Lah tak kasi. Tanpa pk panjang terus beli jer la mana yg padan.


Dari kiri belakang; Illiyyin, Syahmi, Aizuddin, Ahmad, Rahman, Murshid
Dari kiri depan; Raudhah Sakeenah, Maryam Jamilah. (gambar nih lepas sembahyang raya di kampong)

Hurm kat atstuhla gambar kami adik beradik yang raya kali ini cukup variasi. Sebenarnya bkan sengaja, tapi sebab tidak berkesempatan membuat persediaan kerana Abah baru lepas keluar wad, keadaan abah pun kurang sihat lepas kuar wad, tp Alhamdulillah Sekarng makin sihat.

Abah duduk paling kiri bersama dengan adik beradik lelaki yg lain.

Hurm maner gambar mak saya yer ?? adess gambar mak takder la plak huhu nnt len kali saya tunjuk kat sini.

Apa yg pling best rupa-rupanya time raya nih ialah adik beradik saya seramai lapan org semua nangis time bersalaman, sesuatu yg jarang berlaku. Huhuhu
Bestnyer Raya~!!!

No comments: