Wednesday, October 31, 2007

~:Sesat Di Dunia, Merana Di Akhirat :~

Sesat Di Dunia, Merana Di Akhirat

Di sebuah taman kota metropolitan; 2001- Para pekerja yang sibuk membersihkan kawasan taman rekreasi gempar. Raungan bunyi ambulan begitu begitu mengejutkan ketika pagi yg masih terlalu awal ini. Kelihatan beberapa petugas paramedik begitu sibuk memberi bantuan kepada sepasang muda-mudi yang terperangkap di dalam sebuah kereta di taman tersebut. Nahas bagi pasangan merpati dua sejoli itu, malaikat maut telah mencabut nyawa mereka dalam keadaan yg sungguh tragik.

Apa yg terjadi sebenarnya ?? ternyata sepasang muda-mudi itu nekad membunuh diri dengan menutup saluran ekzos kereta dengan keadaan enjin kereta masih terpasang. Akibatnya mereka mati dalam keadaan berpelukan dan saling berciuman sehingga begitu sukar pihak bertanggungjawab antara dua jasad tersebut. Begitu “mengharukan”~!! Di dalam kereta tersebut ditemui selembar kertas yang telah mereka tanda tangani. Antara kandungannya; tolong jangan pisahkan mayat kami dan terus dikebumikan bagi membuktikan cinta abadi kami sehidup semati. Di bahagian akhir surat tersebut tercatat bahawa mereka melakukan ini demi menyelamatkan cinta ‘sejati’ yang ‘suci’ ini kerana orang tua tidak merestui hubungan mereka.

**********************

Di sebuah rumah di Jazirah Arab 1400 tahun yang lampau....

Abdullah bin Abu Bakar RA baru sahaja melangsungkan pernikahan dgn Atikah bte Zaid, seorang wanita cantik rupawan dan berbudi luhur. Dia seorang wanita berakhlaq mulia, berfikiran cemerlang dan berkedudukan tinggi. Sudah tentu Abdullah amat mencintai isteri yang sebegitu sempurna menurut pandangan manusia.

Pada suatu hari, ayahnya Abu Bakar RA lalu di rumah Abdullah untuk pergi bersama-sama untuk solat jemaah di masjid. Namun apabila beliau mendapati anaknya sedang berbual-bual dengan Atikah dengan lembut dan mesra, beliau membatalkan niatnya dan meneruskan perjalanannya ke masjid.

Setelah selesai menunaikan solat Abu Bakar RA sekali lagi melalui jalan di rumah anaknya. Alangkah kesalnya Abu Bakar RA apabila beliau mendapati anaknya masih bergurau senda dengan isterinya sebagaimana sebelum beliau menunaikan solat di masjid. Lantas Abu Bakar RA segera memanggil Abdullah, seterusnya bertanya : “ Wahai Abdullah, adakah kamu solat berjemaah?” Tanpa berhujah panjang Abu Bakar RA berkata : “ Wahai Abdullah, Atikah telah melalaikan kamu dari kehidupan dan pandangan hidup, malah dia juga telah melengahkan kamu dari solat fardhu, ceraikanlah dia!” Demikianlah perintah Abu Bakar RA kepada Abdullah.

Satu perintah apabila beliau mendapati anaknya mula melalaikan hak ALLAH. Ketika beliau mendapati Abdullah mula sibukdengan isterinya yang cantik. Ketika beliau mendapati Abdullah terpesona keindahan dunia sehingga menyebabkan semangat juangnya semakin luntur. Lalu bagaimanatanggapan Abdullah ? Tanpa berdolak dalih apatah lagi cuba membunuh diri, Abdullahterus menyahut perintah ayahandanya dan menceraikan isteri yang cantik dan amat dicintainya. Subhanallah~!!!

**********************

Dari dua petikan kisah dia atas, marilah kita sama-sama merenung tentang hakikat dan bagaimana cinta sejati, tulus dan suci itu sebenarnya. Sesungguhnya perjalanan hidup manusia akan sentiasa dipenuhi dengan warna-warna cinta. Malah boleh kita ungkapkan bahawa kehadiran manusia di muka bumi ini disebabkan ALLAH s.w.t. mencampakkan suatu perasaan di dalam jiwa manusia, itulah CINTA.

Membicarakan tentang cinta ibarat menuras air lautan yang kaya dengan pelbagai khazanah alam. Tidak akan pernah habis dan kita akan sentiasa menemui berjuta macam benda. Dari sekecil-kecil ikan sehingga ikan paus yang terbesar. Dari kerang sampai mutiara malah jika diizinkan ALLAH, kita mungkin akan menemui bangkai kapal yang dipenuhi dengan bangkai manusia~!!

Usia sejarah cinta seumur dengan sejarah manusia itu sendiri. Jika di uatu tempat ada 1000 manusia maka disitu ada 1000 kisah cinta.

No comments: