Thursday, April 17, 2008

~: terpaksa ?? IKHLAS ?? :~

Usai membaca Al-Ma'thurat selapas asar, kucuba gagahkan diri untuk melakukan sedikit pembacaan mengenai projek ekonomi yang perlu dihantar tidak lama lagi. Meniliti segala rumus dan fakta yg terkandung dalam beberapa buku hasil karangan Sexton dan Roby Rajan, Kedua-dua buku cukup mengujakan.

Terasa tepu dikepala menyebabkan saya mengambil keputusan untuk mengeluarkan kembali Lap-top dari almari untuk menonton cerita Kiamat Sudah Dekat. Hurm ini adalah satu tabiat yg tidak patut ditiru, tapi apakan daya hujan yang sgt lebat turun membasahai bumi kampus ini.

Kiamat Sudah Dekat mengisarkan seorang anak muda yg lahir di America dan mempunyai keluarga yg sgt bahagia dari segi material tetapi amat cetek dan kurangnya amalan yg melibatkan ibadah wajib mahupun sunat. Anak muda tersebut balik ke Indonesia hanya selepas menamatkan pengajian di America, sekembalinya ke tanah air lantas mempunyai band rock yg agak terkenal.

Segalanya berubah apabila terlihat akan dia seorang anak kiai yang sangat cantik. Dia ingin memiliki gadis tersebut, tetapi bagaimana ?? Lantas berjumpalah dia dengan pak kiai di musolla ba'da asar selepas beberapa lama. Pak Kiai menetapkan menanyakan akan agamanya, lantas dia cek pada kad pengenalannya, Pak Kiai menanyakan adakah dia sudah berkhatan, lalu diceknya tetapi tidak dpt membezakan yg telah dikhatankan atau belum. Nasib baik dia teringat ibunya pernah menceritakan dia telah dikhatankan selepas seminggu dilahirkan di America.

Dengan cepat Pak Kiai dapat menyangka bahawa Fandy (anak muda tersebut) tidak tahu solat. Lalu Pak Kiai menetapkan syarat agar Fandy dapat solat. Selepas dua minggu Fandy berjaya melakukan solat dengan pertolongan Sparol. Saprol seorang kanak-kanak yg banyak megajar Fandy tentang agama.

Hurm disinilah bermulanya kerja dakwah Fandy terhadap keluarga dan rakan bandnya. Senang sahaja Fandy mengajak mereka mengerjakan solat. Dengan mengaitkan penipisan lapisan ozon dengan kiamat yg semakin tiba waktunya. hasilnya, keluarganya mula menginsafi diri mereka lalu dipanggilkan ustaz utk mengajar mereka tentang agama.

Bersungguh fandy menerangkan kepada keluarganya kewajipan sebagai hamba.
Berkerut muka Ibu dan Ayah Fandy apabila mendengar cerita Fandy.
Seorang ustaz dijemput ke rumah keluarga Fandy untuk mengajarkan Agama.


Tidak setakat itu sahaja, Pak Kiai menetapkan pula agar Fandy dapat membaca Al-Quran dalam masa 2 minggu juga. Hurm sangat bersungguh Fandy belajar membaca Al-Quran daripada Saprol. Berkat usaha gigihnya dia berjaya juga mengusai pembacaan Al-Quran (tp apa yg dia baca masa sembahyang?? adess). Semuanya kerana seorang perempuan yg manis, seorang anak Pak Kiai yg kuat agamanya, sekuntum mawar yg dipagari duri. Semunya kerana seorang perempuan, fandy TERPAKSA melakukan semuanya itu.

Fandy tekun belajar membaca Al-Quran daripada Sprol. Usia bukan penghalang

Akhirnya ujian yg terakhir, Fandy perlu mengusai ilmu IKHLAS, habis segala buku yg mempunyai perkataan IKHLAS dibelinya, sangat bersungguh Fandy utk mendapatkan anak gadis Pak Kiai yg rupawan. Siang malam ditelaahnya buku2 itu. Hampir berputus asa, lalu diadukan pada Tuhan yang Maha Mendengar, di laut tempatnya melaung meluahkan rasa hati, bukan mencabar kuasa tuhan, tapi melepaskan perasaan hati yg sukar ditafsirkan agar terbang dibawa angin, tidak mampu dia menanggung perasan cinta yg bersemi...

Bersungguh benar Fandy menelaah buku
Sehinggakan papan tanda pembinaan Masjid Al-IKHLAS pun mahu diambil?? huhu
Fandy sedang meluahkan rasa hati di laut

Akhirnya Fandy pergi berjumpa Pak Kiai di musolla utk menyatakan perihal mengenai dirinya. Dilihatnya Pak Kiai sedang mendengar mengenai IKHLAS daripada Farid seorang pelajar M.A di mesir dalam bidang agama. Farid memegang buku dan menerangkan isi kandungan buku itu yang berkisar mengenai IKHLAS kepada Pak Kiai. Lalu Fandy memohon izin Pak Kiai utk berbicara berdua sahaja. Fandy mengucapkan jutaan terima kasihnya kepada Pak Kiai kerana membuatkan dia berubah, bukan setakat dirinya malahan keluarganya turt serta berubah mengerjakan kewajipan selaku seorang hamba. Dia mengatakan dia sanggup berundur dan membiarkan Farid yang ternyata lebih hebat dalam menghuraikan maksud IKHLAS daripada buku ditambah pula merupakan seorang pelajar M.A di Mesir mengahwini anak Pak Kiai.

Pertemuan empat mata

Pak Kiai lantas meberitahu, bahawa "Kamulah yang akan menjadi menantuku". Ya akhirnya Fandy berjaya memperoleh anak Pak Kiai tanpa disangka. Dia berjaya menguasai ilmu IKHLAS walaupun bukan dari segi perkataan mahupun definasi, tetapi dia menguasainya dengan pengamalannya.

Serius, Pak Kiai menerima Fandy sebagai menantu

Sekarang sudah terbukti, sifat IKHLAS itu sukar untuk datang tanpa dipinta, sukar untuk muncul jika tidak mencuba. Teringat saya akan kata-kata Conficius (551-497 BC) " A journey of one thousand miles begins with a single step". Hurm segalanya bermula apabila kita menggerakkan diri kita sendiri. Kita TAHU tetapi untuk menggerakkan diri menuju MAHU agak sukar. Dimana pemicunya agar kita dapat menggerakkan hati kita melakukan amal kebaikan dan meninggalkan kemungkaran ???

Teringat saya ketika tarbiyyah yg diterima suatu ketika dulu, menyebabkan saya serta sahabat lain merasakan agak menyampah, namun hasilnya kami dapat terima dengan malahan kami suka melakukannya. Teringat kata-kata seorang senior muslimat ketika Rehlah RM minggu lepas yang bunyinya cukup menggambarkan apa yg telah saya lalui dlam sistem pentarbiyahan suatu masa dahulu dan masih berterusan "Percayalah keikhlasan itu akan datang selepas keterpaksaan". Sama seperti cerita si Fandy yg terpaksa pelbagai ujian, akhirnya dier ikhlas melakukan ibadah kerana ALLAH.

Ikhlas jugalah yang menjadi kayu ukur untuk memastikan agar amalan kita di dunia ini diterima disisi ALLAH. Perubahan yang besar itu tidak mungkin terjadi jika kita tidak memulakannya dengan satu usaha yg kecil.

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri ...."
(Ar-Ra'd : 11)

" Ya ALLAH kurniakanlah kepada kami ikutan jejak langkah junjungan Nabi Muhammad samada
permulaan, penghabisan, zahir, batin, perkataan, perbuatan, ibadah dan amalan yang soleh. Ya ALLAH lembutkanlah bagi kami pada memudahkan urusan yang sukar, maka sesungguhnya memudahkan setiap yang sukar itu amatlah mudah disisiMU. Ya ALLAH mudahkan bagi kami segala urusan kami serta ketenangan hati kami dan tubuh badan kami, keselamatan dan kesihatan pada agama kami dan dunia kami. Ya ALLAH kepadaMU jua lah kami berserah."

1 comment:

Rausyanfikir said...

Salam. Majalah Milenia Muslim boleh cuba cari dekat Rahmath ataupun kedai runcit dekan taman maju. Mmg susah nak dpt pun.