Wednesday, May 7, 2008

~: ceriteraku :~

fuhh setelah lama menanti masa untuk menulis akhirnya berjaya juga ak mencuri masa yang ada. Sebenarnya terlalu banyak perkara yg dialami mahu dicoretkan tetapi biarlah ak coretkan beberapa kisah pasal diri aku minggu lepas.

Perkara paling best minggu lepas ialah ak berjaya menjejakkan kaki kerumah setelah lebih 3 kali menangguh utk balik ke rumah akibat kesibukan yg tak dapat dielakkan. Akibat rindu yg telah lama dipendam, akhirnya aku bertekad utk balik juga utk menjenguk keluarga dirumah disamping melakukan beberapa aktiviti luar bersama sahabat2 dri Kolej.

Hari rahu petang bila sampai di KL sentral, tanpa membuang masa ak terus melangkah kaki menuju Nile Bookshop yg terletak diaras 2. Memang menjadi kebiasaan bagiku utk singgah sebentar ke kedai tersebut bila mana ak menjejakkan kaki ke KL sentral. Buku yang ingin ku cari kali ini ialah Sebuah Novel nukilan Fatimah Syarha Mohd Noordin yang bertajuk "Syabab musafir kasih". huh Setelah tampil dngan novel hatiku Milikmu kini penulis berjaya tampil dengan novel yg begitu mengujakan saya. Walaupun nipis, ia sedikit sebanyak dapat membuka hati saya mengenai jalan dakwah yg perlu diharungi oleh setiap orang dan jalan itu itu haruslah dipaksikan dengan ilmu.
Syabab musafir Kasih

hari sabtu pulak terpaksa mengahdirkan diri ke Kolej bagi sama2 memeriahkan Pesta Ragbi Alumni KISAS. uwaaa 5 batch berkumpul dan berentap.. alhamdulillah walaupun tidak berjaya mendapat johan tp kami turut berbangga dengan pencapaian kami memperoleh Johan Plate. Dah lama tak sentuh bola ragbi tpai kali nih nak tak nak main gak, kami bangga ngan team kami~!! perlawanan 1st terpaksa akur dengan kekalahan kat team INTEC. Kekalahan yang mmg dijangkakan bak kata Hakim "hurm mungkin kalah, Chemistry takder lagi" mmg rase tp lahamdulillah game2 seterusnya kami lalui dengan jayanya.... human Chemistry berjaya dibentuk semula...

Kisasian Beaver 2006

Petang tuh meluangkan masa kat asrama sekejap, saja mandi kat blok A (blok ak dlu) utk mengimbau kisah lama.. ah bestnya.. pastuh lpas asar naik kat blok B plak.. ahh teringat kat sahabat2 lain.. trun ke musolla balik jumpa ngan Nazrul Aizad selaku Presiden BADAR beliau menyuruh ak memberi sedikit tazkirah kepada adik2. Bkan kedekut ilmu tetapi ak tak mampu menangis depan org ramai, atau dlm erti kata lain ak tak nak air mata ak terlalu murah petang tuh. Walaupun ak sering kehadapan memberi tazkirah semasa F5 dlu (selalu ker??) tp kali nih ak tak mampu, risau air mata akan tumpah. Lalu Fahmi menwarkan diri utk memberi tazkirah.. Alhamdulillah akhirnya dia berkjaya membawa adik2 tergelak disamping menerima input yg berguna. Mungkin lain halnya kalau ak yg bagi. Sebelum meninggalkan perkarangan Asrama sempat bersalaman dan berpelukan dengan sahabat2 yg stay meneruskan perjuanagan di tingkatan 6. antara ayat2 yg didengar daripada mereka.. " Din, umah hg dekat selalu la dtg sini.." insya ALLAH,Hakimi akan ak cuba meluangkan masa cuti ku di Kolej..


Sebelum berangkat pulang singgah jumpa dengan cikgu suraya seorang cikgu Add-Math yg sangat ceria. Alhamdulillah cgu masih mengenali ak. banyak berbual dengan cikgu, satu hakikat yg cikgu cakap "Batch kamu nih din sumer gatal2" adess ntah la cgu.. tp saya tak gatal....hahaha

malam tuh hantar sahabat2 lain kat umah Amzar dlu sbb esok derang nak gi Kem Dakwah Fardhiyyah yang dianjurkan oleh Kelab Bina Insan Taylors College. Hajat dihati ingin turut serta tapi apakan daya tiket sudah dibeli jadi terpaksa meninggalkan sahabat2 semoga kalaian beroleh manfaat.

Selasa 6 Mei 2008

pagi tdi pulak Mr. Azhan aku nyer lecturer economic paggil Pacak suh bagi talk. Pergh mmg best. Ak selalu gak ikut Bicarasiswa yg Pacak kendali kat masjid tp pagi nih lain skit. Mmg best walaupun Pacak hanya sentuh surface jer takut kami semua blur. Tp ak percaya kalau sentuh lagi dalam mesti lagi best. Hurm korang leh baca Pacak nyer blog kat sini .

Pacak ader syorkan kami baca buku Confession of an Economic Hit Man by John Perkins. Ak tersenyum, manakan tidak teringat akan buku yg aku beli cuti sem lepas.. Confessions of an Economic Hit Man mmg dah habis.. best dpt tahu segala kejahatan and method USA jatuhkan negara org.. tp bku satu lagi tuh adess the undercover Economist by Tim Harford.. setengah pon tak sampai lagi adess teringat ayat dalam bku Syabab Musafir Kasih, risau kalau buku tuh melaknat tuan kalau beli tapi tak dibaca. Ahh akan ak habiskan cuti sem kali nih itu tekadku~!!!

Bersama 2 buah buku yg baru dibeli (cuti sem lepas)

1 comment:

[MH] said...

eh ada gambar cikgu saiful!!