bagaiman ya ingin ku mulakan entri kali ini ??
hurm straight to the point...
kelmarin jam 5.30 petang, dibilik Nazmi dan Yazid.
Aku : Mi malam nih nak buke kat mana?
Nazmi:Masjid kot, ntahlah.
Aku : kalu kiter gi bazaar camner ?
nazmi : leh gak, jap ak gi pinjam motor ngan Wan.
setelah beberapa saat....
nazmi : ok din moto dh dapat, kte g dalam kol 5.45 yer.
aku : ok gak, ak pon nak perabis layan anime nih.
nazmi yang sering mengadu tension sbb study sebenarnya bkan lah tension sgt, tetapi bg aku la dier nih mmg seorang yg hardworking ngn takkan tenang selagi tak dpt selesaikan soklan² y tutorial terutama bg subjek "engineering math" aku plak time tuh dah settle semua test ngn dh submit sumer assignment kat group leader jd sajer cari peluang nak release tension.
tepat jam 5.45..
aku :mi jam hang dah pukol baper ?
nazmi : Aih perli nampak. jom lah kiter gi.
selepas menanyakan kepada Yazid dan syawal aper yg mereka ingin tempah, ak ngan nazmi terus menaiki motor menyusuri jalan ke bazaar ramadhan di Taman Farmasi.
Ketika di bazaar ramadhan, mmg tak terkira makanan yg dijual, ak bagaikan rambang mata memilih apa yang hendak dibeli.
setibanya di bilik, selepas mengira kembali apa yg telah ak beli, ak terkejut besar. "Ya ALLAH~!! betulker sumer nih ak nak makan??"
1 kebab pita
2 ketul ayam panggang
sebungkus nasi ayam
6biji karipap
sekeping murtabak
segelas air mangga madu.
semua makanan tersebut menjangkau RM 10..
fuhh camner la nak jimat...
nak tak nak sampai waktu berbuka ak dan nazmi berbuka dibilik, karipap yg asalnya sengaja dibeli banyak utk diberi pada kenalan terpaksa ku habiskan seorang diri kerana mereka menolak ngan alasan dah kenyang.
semalam sehingga jam 12 sahaja sudah 8 kali ak ketandas. semua ini akibat main sumbat je dalam perut. balik dri kelas ak terus cbe memejamkan mata untuk tdo kerana tak thn menanggung rasa sakit yg teramat. Jam 2.30 ak terjaga untuk menunaikan solat Zohor, badanku terasa lain macam walaupun perutku sudah sedikit baik.
Aku berasa sukar sekali untuk melangkahkan kaki ke bilik air.
Tiba waktu maghrib, ak gagahkan kaki melangkah ke masjid untuk sama² berbuka dengan ahli jemaah yang lain, selepas maghrib tanpa banyak soal ku gagahkan kaki ini melangkah balik ke bilik.
setibanya ke bilik kurebahkan kaki di atas katil dan terlelap sehingga jam 3 pagi. selepas sedar, bru ak teringat blum lg menunaikan solat isya' dan terawih. Ku kerahkan segala kudrat yg berbaki utk menunaikan solat isya yg menjadi fardhu keatas diriku ini. Usai solat isya' kakiku tidak mampu untuk terus berdiri. Ku capai sweater dan menggantikan pakaian sembahyang dengan pakaian tdo, lalu ak cuba sedaya upaya melelapkan mata.
Hari ini jam 5.30 ak tersedar untuk sahur, hidangan untuk sahur pada hari ini amatlah simple iaitu sebiji Paracetamol dan juga sebotol air mineral. tepat jam 5.45 pagi sahabatku yg semakin ak kagumi menghubungiku, terasa terubat demam yg sebelum ini mendengar suaranya.
kini ak telah berada di Computer Lab bg menulis entri ini. walaupun kepala masih berdenyut tetapi ak cbe menyampaikan mesej yg ak sendiri terlupa.
Makan dan minumlah asalkan tidak berlebihan. mungkin apa yg ak telah beli ketika di bazaar ramadhan dan memakannya telah membuatkan keadaan diriku jd sebegitu, apapun ak mengharapkan Allah mengampunkan segala dosaku andai aku terlupa atau ingkar akan perintahnya. Ahh terpaksa ak tggalkan kalian disini, perutku meragam lagi....
Thursday, October 4, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment