Friday, September 14, 2007

~: melalot :~

Kumulakan entri kali ini dengan nama Tuhan yg Maha Mencipta serta memiliki segala sesuatu.
Sudah terlalu lama diri ini menyepi dri menulis di sini, mengapa ya ?

terlalu banyak alasan yang mampu kuberikan sebenarnya, tetapi abaikan kerana ak berpegang kepada ayat al-quran yg bermaksud " Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri" ayat ini membawa erti selagi mana ak tidak cuba mencari jalan utk menulis, selagi tu ak tidak mempunyai masa untuk menulis, seperti kat orang² tua, nak seribu daya tak nak seribu dalih.

mengapa ya, kita berasa diri kita sudah sempurna dengan segala yg kita ada, tetapi kita terlupa untuk bersyukur pada nikmat yg telah dikurniakan. mengapa ya, kita mengaku kita hamba tapi dalam masa yg sama kita terlalu leka melakukan kerja² harian sampai melalaikan solat. mengapa ya, kita mengaku kita khalifah, tetapi bumi ini kita biarkan ianya rosak dengan segala maksiat.

Ya ALLAH ampunkanlah dosa hamba-MU ini, yang sentiasa leka dengan tanggungjawabnya sebagai hamba.

huh....
Apa sebenarnya yg ingin ku coretkan kali ini ??
31 ogos tarikh keramat bg negaraku tercinta kerana dapat membebaskan diri dr penjajahan fizikal. tetapi dalam mengejar pembangunan kita lupa kita telah dijajah dengan sejenis penjajahan yang sukar dirawati kerana ia menular dikalangan tunjang negara iaitu golongan remaja. pastui kalian tahu penjajahan apa itukan.
neo-colonialisme...
satu bentuk penjajahan yang tiada tolok bandingnya sehingga kita tidak bersyukur dengan kemerdekaan yg ada.

menurut SS mufti Perak, beliau menegaskan rasa kesyukuran ketika merdeka haruslah disambut dengan amal ibadah dan bukannya dengan amalan yg mampu mengundang bencana ALLAH. tetapi pada hari ini kita dpt lihat pelbagai sambutan yg jelas sekali bertentangan dengan hukum ALLAh telah dijalankan bg menyambut hari kemerdekaan.

Yang pling best pd sambutan kemerdekaan kali ni bila diri ini berjaya meloloskan diri dri menghadiri kelas ganti pada hari tersebut semata-mata ingin mengiringi pemergian sahabat handai yg pernah sama² berjuang ke Timur Tengah. pemergian kalian insya ALLAH akan sentiasa diiringi dengan doa teman² serta keluarga.

hurm.. aper lagi nak lalot yer ???

1 comment:

[MH] said...

bukan ezlin la
nama die kan izlin..
haha
org lain
zaman muda2
huhu
time kasih coz rajin ke blog aku