
Pada hari selasa yg lepas, 31 julai kalau tak silap. satu majlis smart group a.k.a usrah telah dijalankan di salah sebuah masjid yang memakan belanja sebanyak RM29 juta juga dikenali sebagai Masjid An-nur Universiti Teknologi PETRONAS.
Seminggu sebelum usrah tersebut dijalankan, kami selaku ahli usrah telah diberi tugas oleh abang naqib iaitu Abg Razman untuk membaca bab pertama bahagian pertama buku yang bertajuk "Mengapa Saya Memeluk Islam" hasil seorang yang berlulusan Ijazah pertama kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan mendapat ijazah dalam bidang syariah serta kedoktoran dalam bidang apa yer ?? (lupa la plak...) iaitu Dr. Fathi Yakan. (bg sahabat² yang terjerumus dalam bidang kejuruteraan jgn cari alasan untuk tidak terlibat dalam dakwah). Bab pertama dalam buku tersebut bertajuk "Saya mesti Muslim dari sudut Aqidah"
Sebenarnya bukanlah niat saya untuk menceritakan isi yg telah disampaikan oleh sahabat seusrah saya iaitu Al-akh Umair, kerana saya pasti kalian sudah pasti telah menghadam buku tersebut ketika berada di tingkatan empat lagi, mungkin ada juga yang telah membaca buku ini sejak dari alam sekolah rendah lagi, (harap² sahabat sekalian dpt tgk balik buku ini). Bagi diri ini yg telah mula mengikuti perbincangan mengenai buku ini sejak sekolah rendah lagi tetap tidak dapat menghadam apa yg terkandung dalamnya (lemahnya diriku).
Selesai sahaja Al-akh Umaiar menerangkan 19 garis panduan untuk menjadi muslim dari sudut aqidah, naqib terus membujka seluas² ruang bg setiap ahli usrah untuk menyatakan pendapat masing² (sebenarnya sumer wajib bg pendapat). Selesai sahaja perbincangan, kami semua telah dihidangkan dengan santapan mata serta hati oleh satu video yg ditayangkan oleh abg naqib menerusi lap-top yang dibawa.
Sebenarnya isi kandungan video la yang ingin dikongsi (kaw² melalot). Video ini telah memaparkan penderitaan kaum muslimin serata dunia yg telah diancam serta dipermainkan oleh pelbagai pihak. Jika kita perhati pada sejarah khilafah islam suatu masa dahulu 2/3 dunia telah dikuasai oleh umat islam, tetapi kerana tamakkan harta, kerana gilakan kuasa, segala²nya hanya tinggal kenangan yang sukar dikecapi sekalilagi.
Ingatkah kalian apakah yang terjadi pada tahun 1924 ? Terlintaskah di hati kita semua rasa derita seperti mana yang dialami oleh saudara² kita di seluruh dunia ?
Tahukah kalian pada tahun 1992 telah berlaku satu pembunuhan beramai² muslim di Chechnya oleh tentera Russia? Tahukah kalian pada tahun 2002 ratusan kaum muslimin telah dibunuh dan ramai anak gadis di gujerat telah dirogol ? Tahukah kita ?? Dimanakah kita?? Apakah peranan kita ??
Ahhh tak guna diriku menyatakan apa lagi fakta sejarah penderitaan kaum muslimin diserata dunia sedangkan remaja kita terlalu alpa dengan nikmat dunia. Dalam video tersebut juga turut memaparkan bagaimana tentera Perancis telah membunuh seramai 1.5 juta oarang awam di Algeria pada suatu masa dahulu(lupa tahun), bukan setakat membunuh malahan mereka telah menggunakan kekerasan untuk merogol serta memalukan kaum wanita muslim. Dalam Video tersebut memaparkan seorang muslimah telah dijirus dengan air oleh seorang tentera dan seorang lagi tentera bertindak selaku pengawal wanita tersebut supaya tidak dapat melarikan diri. Kemudian wanita yg berjilbab tersebut telah dibogelkan serta diambil gambar bersama dua orang binatang tadi sambil tangan wanita itu digari dan diangkat keatas(gambar tersebut telah dikaburkan pada bahagian badan). La'natullahu 'alaihim...
Dalam video tersebut juga turut memaparkan seorang tentera Serbia yang berpangkat komander, telah memberi ucapan mengenai penyerahan negara Bosnia oleh PBB kepada tentera Serbia. Katanya, " Penyerahan Bosnia kepada Serbia merupakan hari suci, dan telah tiba masanya untuk membalas dendam kepada kerajaan islam Turki pada masa dahulu". Lihat inilah salah satu perkara yg sengaja didiamkan oleh golongan atasan. Persetan PBB. Ingatlah sahabat seperjuangan sekalian, muslim sesama muslim seperti sebuah binaan yang saling memerlukan antara satu sama lain. Baginda Rasullullah s.a.w juga ada menyuruh kita semua supaya menyayangi serta mengasihi sesama muslim seperti mana kita kasih akan diri kita sendiri. Baginda juga ada menyatakan bukanlah dari kalangan ummat baginda bagi sesiapa yg tidak merasai penderitaan saudara semuslim. Na'uzubillah..
Ummat Islam merupakan ummat terbesar pada masa kini, tetapi seperti yg telah disabdakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w kita seperti buih² dilautan.
Beringatlah sahabat seperjuangan sekalian, kita takut kita akan ditanya kembali oleh ALLAH di padang yg tiada tandingan besarnya, "Apakah peranan kita selaku saudara mereka ? ", "Dimankah kita disaat mere memerlukan kita?", " Apakah usaha kita untuk membantu mereka?". Mereka juga mungkin akan mengadu kepada Empunya sekalian alam, "Kami terasa derita, tetapi saudara² kami berasa senang dengan nikmat dunia", "Kami berasa sangat lapar, tetapi saudara kami kekenyangan dengan makanan tak kira halal haramnya", "Kami berasa sengsara, tetapi saudara kami hanya berkata 'depa², kita²' ".
Fikirkanlah kembali wahai teman seperjuanganku, layakkah kita digelar ummat sebaik² ummat? Layakkah kita mengaku Muslim sedangkan perihal saudara² kita di sana kita abaikan ?
Layakkah kita memikul tanggungjawab sebagai khalifah ALLAH?
Sengajaku tinggalkan persoalan² ini bg diri kita semua sama² memikirkan kembali peranan kita sebagai seorang yg bergelar muslim. Sekian wassalam...
No comments:
Post a Comment