Wednesday, December 30, 2009

~: Rakan Masjid dan Masyarakat :~

Assalammualaikum wbrt.

Mahasiswa dan masyarakat merupakan satu jalinan yang tidak seharusnya dipandang enteng oleh mana-mana pihak baik dari kalangan pemimpin negara sehinggalah diri mahasiswa sendiri.

Justeru Rakan Masjid sebuah badan pelajar dari Universiti Teknologi PETRONAS merupakan antara badan pelajar yang dilihat semakin meningkat dari segi aktiviti pembinaan jati diri mahasiswa bersama masyarakat di serata dunia.

Pelbagai agenda yang dirancang setiap penggal dilihat mampu menjadikan Rakan Masjid sebagai tapak bagi semua mahasiswa di UTP ini untuk turun kepada masyarakat sekitar baik di dalam negeri Perak mahupun di serata dunia.

Perkara ini dilihat mampu menjana kualiti kepimpinan dalam diri mahasiswa yang bakal memimpin negara suatu hari nanti. Oleh itu janganlah gusar mahupun segan dalam melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti seumpama ini.

Terdekat Rakan Masjid akan mengetuai Rombongan Misi Kemanusiaan ke Padang (klik). Diharapkan program-program seperti ini dapat terus dijalankan dari semasa ke semasa.

4 comments:

adah said...

tahniah2~
da makin maju..=)

maziah said...

dalam paper masok gambar snirik nampak. whatever pon, moga agenda dakwah berjalan berterusan.. insyaAllah

c's said...

usy, nih bleh mintak tlg RM je kalau PERUBATAN nak buat prog kat tmpt org asli.. bleh ke?

jom buat medical check up + ajar fardhu ain

:D

Mantra said...

Assalamualaikum,
Bagus aktiviti macam ni la
yang kita mahu..

aku sebagai rakyat UTP berasa
bangga :)