Monday, December 14, 2009

~: Khemah Ibadah 2009 :~

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dirafa'kan kehadrat Ilahi atas limpah kurnia yang tiada bertepi.

Gembira,sedih, lega dan macam-macam perasaan yang bermain dihati ini tatkala Khemah Ibadah 2009 melabuhkan tirai.

Alhamdulillah pelbagai pengalaman yang dapat ditimba daripada Khemah Ibadah pada kali ini. Bermula 3 Disember hingga 13 Disember perlbagai ragam manusia dapat kukenal, pelbagai perkara dapat ku pelajari, baik dari segi pengurusan, pengawalan emosi, yang paling penting sekali khauf war raja' (takut dan mengharap) pada Allah.

Bermula 3 Disember - Rasa keberatan meninggalkan kampung halaman di Klang tatkala baru bercuti beberapa hari selepas kertas terakhir peperiksaan akhir semester. Namun kutahu, pemergianku kali ini adalah untuk mencetak sebuah generasi yang insya ALLAH satu hari nanti akan menjadi generasi pemimpin yang berilmu dan bertaqwa kepada Allah.


Mesyuarat MTME Khemah Ibadah 2009 (aku sebagai pengacau)


Bermulanya TOT pada hari pertama dengan agak hambar, namun sikap optimistik yang selalu kulaungkan sedikit sebanyak terkena pada diri sendiri. Semangat yg ada menjadi bekalan untuk terus melangkah bersama skretariat Khemah Ibadah Musim Cuti Sekolah 2009.


Bermulanya sesi TOT di sebelah pagi

TOT dalam bilik kuliah


TOT malam hari dipadang


Ketabahan yang dipaparkan oleh skretariat kali ini sudah cukup untuk ku memujuk hati ini untuk terus bersama-sama mereka dalam menjayakan program kali ini.

Pembawakan TOT kali ini yang melebihkan modul-modul bagi mengeratkan ukhwah sesama skretariat akhirnya membuahkan hasil. Bermula dengan tarik menarik tangan, tepuk-menepuk lutut, usung mengusung, sehinggalah peluk memeluk, opss tidak lupa juga senaman si Tommy yang ckup keanak-anakan berjaya merapatkan ukhwah dikalangan skretariat. Tahniah diucapkan kepada Abg Chik aka Abg Anuar.


Abg Chik aka Abg Anuar


Operasi baling membaling orang


Tepuk menepuk lutut

TOT akhirnya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, Tahniah kepada Unit Modul, Aktviti dan Disiplin (MAnD) atas sikap keterbukaan menerima teguran dan pendapat yg ditonjolkan. Bak kata Head Department MAnD 2008, "MAnD nih tulang belakang Khemah Ibadah", kata-kata ini terbukti apabila seluruh warga muslimin MAnD diuji dengan deam dan ketiadaan suara diakhir TOT. Berkata seorang sahabat "Takder Amminol, Saufi ngn Nik Ariff macam mana Khemah Ibadah nk gerak" hehe tp kiter kne ingat, individually we are a drop, together we are an ocean.


Department Modul, Aktiviti dan Disiplin


Opps bkan MAnD sahaja yang menunjukkan kecemerlangan dalam bergerak kerja, malahan department lain juga tidak kurang hebatnya dalam menjalankan amanah yg telah diberikan. Allahurabbi, hanya Allah sahaja yg mampu membalas jasa mereka penggerak Khemah Ibadah Musim Cuti Sekolah 2009. Barakallahu lakum.

Bermulanya hari pendaftaran yang sungguh memenatkan, namun para skretariat tetap utuh dengan jiwa yg kental, tidak kenal erti putus asa, yang penting kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi~!! Masing-masing memainkan peranan dengan baik, ada yang bertindak sebagai penyambut tetamu, pemeriksa borang, pemeriksa kesihatan, pengedaran file-file dan juga yang menguruskan penempatan. Semuanya menunjukkan kesungguhan yang tidak berbelah bagi. Alhamdulillah jumlah peserta yang mendaftar mencecah kepada 404 orang.

Penyambut tetamu, Abg Chik dan Abg Amin
Kaunter Pertama, Abg Busu dan Abg Chik (Abg Chik beralih tugas)

Kaunter yuran, Abg Zaiyinul
Kaunter pemberian Name Tag dan File, Abg Ilmi

Kaunter penempatan, Abg Syukri

Kaunter pemeriksaan kesihatan, Abg Syarmizi


cukup dululah, sambung plak lpas nih....

3 comments:

Noor Asyila said...

Mabruk alaikum!
Moga usaha kalian diberkatiNya.Amin :)

*bagus2,rajen plak update blog nih

Anonymous said...

"cukup dululah, sambung plak lpas nih...."

alamatnye lg 3 bulan la baru bersambung post ni kan Din? :P

Syawana said...

SubhnaAllah..teruskan usaha...
FASTAQIM KAMA UMIRTA!