Thursday, July 24, 2008

~:ukhuwwah itu..:~



"Dalam masa lima saat ana nak semua orang buat bulatan besar dan jangan bertindih ~!!!" teriak seorang senior yang digeruni oleh para senior. Tanpa hala tuju dewan makan dengan serta merta menjadi amat gamat dengan pelajar junior yang lari membentuk satu bulatan besar.

"Wei nih apersal assabiyah sangat nih??, dalam masa lima saat ana nk antum semua tuka kedudukan biar orang disebelah bukan dari negeri mahupun block yang sama~!!!" jerit seorang lagi senior. tak dapat digambarkan satu suasana yg cukup kalut dengan ketakutan yg menyelubungi para pelajar junior.

ayat yang paling terkenal apabila kami semua dikumpulkan ialah " Ana dapat laporan....~!!!" huhu biler dengar ayat nih semua kecut perut, Masakan tidak seorang yg wat salah hampir 120 orang yg lain turut sama menerima akibat. dalam keadaan kipas yg sengaja di tutup para junior disuruh melakukan tekan tubi bersama-sama. Sebelum sama-sama melakukannya, ada suara yang berbunyi dalam keadaan sangat kerass " Mana ukhuwwah antum~!!!!!", "Takkan nk tengok sahabat antum sakit sorang-sorang??~!!" hurm maka mengertilah si pelajar junior.

Agak perit melalui saat-saat seperti tadi tapi alhamdulillah impaknya sangat besar. Sangat teruja pula melakukan hal yang sama kepada junior lain.

seperti kata nabi dalam hadis baginda yang sangat terkenal..

"tidak beriman seseorang daripada kamu, sehingga kamu mengasihi saudaramu seperti mana kamu mengasihi diri sendiri"

lihat kita disuruh berkasih sayang antara kita seperti kita kasih dan sayangkan diri sendiri. Adakah dengan mengasihi diri kita akan membebankan dri sendiri dengan sesuatu yang memang kita benci?? sudah pasti tidak~!!! kita sentiasa inginkan yg terbaik buat diri kita begitu juga hal nya kita harus memikirkan yang terbaik juga untuk sahabat-sahabat yang lain.

bak kata seorang sahabat yang disayangi : "ukhuwwah itu, kita sayang sahabat kita macam kita sayang diri sendiri.." terima kasih sahabat

Manis sungguhkn bila berukhuwwah, tambah-tambah bila kita semua sama-sama menharungi detik-detik yang boleh dikatakan sebagai kenangan pahit mahupun detik yang sentiasa membuatkan kita berasa sangat cemas mahupun sangat berhati-hati dengan sesuatu terutamanya para senior.

Teringat lagi bila sorang sahabat telah menggunakan mas acuti untuk menghubungi seorang muslimat yg juga sama institusi, bukak cuti jer semua kena panggil ke dewan makan untuk menghadiri liqa' yg paling best. Sama-sama terpaksa tabhkan hati walaupun amat marah kat si pembuat namun selepas melalui segala macam seksaan, kita semua ambil pendekatan mendiamkan sahaja dan tidak pula mengutuk individu tersebut mahupun cuba untuk mencari siapakah individu yang terlibat. Mengapa ya ?? Ya~!! berat sama dipikul ringan sama dijinjing. seseorang yang berada dalam kumpulan jika melakukan kesalahan bukan individu tersebut yg dipersalahkan malahan semua orang yg berada dalam kumpuklan tersebut turut sama terkena bahangnya.

Sama lah seperti mana-mana pasukan bola, jika terpaksa bermain dengan 10 orang tentu ahli yang lain akan terasa beratnya memikul tanggungjawab itu, tp bila dah menmenangi pertandingan tersebut, segala yang pahit-pahit bertukar menjadi manis seperti manisnya madu dan amat suka diungkit-ungkit untuk menzahirkan kegembiraan.

syukur rasanya bila kita semua dilahirkan dan ditaqdirkan berada dalam akidah yang benar, kerana ukhuwwah islamiyah itu sendiri perlu ditunjangi dengan akidah ytang sahih iaitu mengeskan ALLAH yang Maha Esa. Ukhuwwah islamiyah tukan ikatan akidah antara seseoarang dengan yang lain yang sama-sama berjuang untuk menegakkan islam itu sendiri. Hurm ayat skema dier camner yer ?? jelaskan disini, kita bukan seperti seorang kawan yg berkawan hanya untuk mencari kegembiraan, yang hanya untuk menjadi tempat kita bermain mahupun bergurau senda. Tetapi kita berukhuwwah untuk menaikkan islam itu sendiri, kita berkasih sayang bukan seperti kasihnya seorang lelaki yang cintakan seorang perempuan hanya kerana nafsu, tetapai kita semua berkasih sayang samada lelaki mahupun perempuan atas dasar ukhuwwah islamiyah dan untuk menegakkan islam itu sendiri.



Beberapa hari lepas ketika tengah membelek buku yang bertajuk "Life is an open secret" terjumpa satu quote yang berbunyi, "individually we are a drop, together we are an ocean". Waa sungguh bermakna kan, try kita anggapkan kemungkaran itu macam satu batu sungai yang besar. Jika titis air berterusan menitis diatasnya tidak mustahil batu itu akan mempunyai lekuk, dan perlu diingat titis air bukan selalunya ada, kala hari cerah mmg tak jumper la titis air btol tak?? Tapi try bayangkan jika batu tdi dihempas oleh satu ombak besar dari lautan yang sangat besar, Masya ALLAH.. sungguh senang untk batu itu digolekkan mahupun dipecahkan seperti yang kita semua belajar ketika form 3 berkenaan proses kejadian pasir@ batu dalam subjek Geografi. perlu diingat juga setiap masa ada ombak yang menderu dipantai-pantai btol tak, saling kuat-menguatkan antara satu sama lain.

"seorang muslim kepada seorang muslim yang lain seperti sebuah bangunan, yang menguatkan antara satu sama lain"

hurm nampakkan kat sini kita semua saling memerlukan tambah-tambah lagi kalau nak lakukan apa yg dikenali sebagai "amar ma'ruf, nahi munkar".


hurm agaknya cukuplah setakat ini supaya sahabat-sahabat yg dicintai sekalian sentiasa cuba untuk memelihara ukhuwwah yang terbina ini walaupun kadang kala terasa amat sebentar, namun yakinlah janji ALLAH itu pasti. haa teringat pulak satu hadis yang agak panjang ader menyebut, antara orang yg mendapat perlindungan dibawah arasy ALLAH yang mana tiada perlindungan lain pada hari tersebut, antaranya ialah dua orang pemuda yang bertemu dan berpisah kerana ALLAH. Pergilah kemana sahaja timur, barat, selatan mahupun utara.. asalkan kalian meninggikan kalimah ALLAH walau dimana kalian berada.


"Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu, Bertemu untuk mematuhi perintah Mu, Bersatu memikul beban dakwah Mu, Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat Mu. Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini.Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalannya yang sebenar. Penuhkanlah pada hati-hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan eindahan tawakkal kepada Mu Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentang Mu. Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu. Engkau lah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong ya Allah. Perkenankanlah permintaan ini. Amin ya rabbal A'alamin"



9 comments:

c's said...

salam

Life is an open secret tuh bes ke?? ari tuh ak p mall kat egypt nih, terpndg gk buku tuh, tp xde ler terminat lak..tp,kot2 klu bes, nk gak beli..

btw, yang cukup tak setuju dulu, kalau kat kisas, tyme muaqobah tuh, klu sorg kena, sume bujet2 back up, nk kena hukum sama2.. for me, once kwn dh buat silap, let him/her get da punishment as he/she deserves.

n nmpk gk ler unnatural action tyme tuh..

cmenya, ukhuwah nih, subjektif..moga2 ukhuwah kte semua adlh fillah, bkn fi dholalah..

Wallahua3lam

(emo lak, sowi2.. hanya menyatakan pndgn)

Din Paiman said...

raden : hurm bku agak best..

pasal kne muaqobah tuhb bkan kami buat sukarela, tp kami buat sbb knne PAKSA~!!! kalau ikutkan semua pk cam ko pk..
tp akhirnya kami tau apa yg disebalik tersirat...

faisazli said...

wahwah.....din paiman~
ko memang mengingatkan aku balik kepada cerita lama laa(aik...lme ke?!bru 2 taun lbey je pon..)
ak rase mcm masih segar dlm ingatan...hukhuk.
tp bile da dtng sini...ak jmpe ngn bro2 ex-KU dlu, ak mcm ade stu tnggpn laen lak...hehe.
kalo dlu kt skola mcm aku rase ade jurang yg mmbuatkn aku rase yg ak mmg tkkn boley rpt ngn dorang nih...
tp skarang Alhmdulillah...Allah bg ptunjuk kt aku..da jd cam rpt laa ngn dorang yg skrng ni di kuliah agama azhar.
maybe ade hikmahnye ak trcampak ke tmpt dmn orng Mlaysia ni terhad...huwawawa.
(Ssshhh...jgn bising2 psl nih, nnti exco BADAR dpt tau xpsl kne muaqobah lg...kuikui..;P)

Din Paiman said...

faisazli : haha adoii, semua ader hikmah... baik ngn sumer org best woo. ak pon kekadang segan gak nk baik ngn senior2 nih tp biler baik best giler~!! tmbah2 lpas dgr pengalaman...

haha "ana dapat laporan..~!!! faisazli ngn dinpaiman mengumpat~!!!" huhu

[MH] said...

aku mula sedar pasal ukhuwah ni masa kat kisas..kenal ngn sorg ni n benar2 dh alami ukhuwah itu keranaNya bila aku bersama sahabat nii..kini aku betul2 rindu kat dia

hurmm di mesir..susah senang semua ngn kawan2..kawan la ayah,kawan la emak,kawan la suami..eh ye ke?? kawan la duk teman pegi pasar(radin teman aku pegi pasar)..teman pegi cc(chep,syila,aimi atau aisyah)..kawan tidur(aimi)..kawan la yg tolong jaga kite time sakit..semua kawan..semua teman..aah,bila duduk rumah ni,aku mula rindukan teman2 seperjuangan aku di cairo esp my housemates..

rindu saat solat berjemaah sama2..masing2 tolak tak mahu jadi imam.. (aimi)'aku dh jadi imam la..fathy la plak..' (fathy)'weh aku dh jd imam subuh la..radin la' (radin)'radin sakit tekak..syila laa..' ish semlm kita dh laa..chep laa..''last2 aisyah pon kata..'ye laa aku laaa''..dn kami berlima tersengih je..

rindu saat masing2 bg tazkirah lepas maghrib..bg kesdaran..bagi peringatan .ada yg tegur,ada yg berkongsi masalah,ada yg berkongsi pengalaman usrah..

waah,aku rindu sgt teman2 aku..aku sayang sgt ukhuwah kami..nampak sgt simple,tapi ikatan hati sgt erat..

panjang komen aku..rasa cm tulis blog pula..haha

Din Paiman said...

fathiyyah : adess nmpak simple tp sgt bermakna kan???
huhu taktau nk balas aper,sbb ko dah conclude kan semuanya, tq sis...

c's said...

Fathy, radin x teman p cc ke??:P

Aisyah je ke?? ye ke?? konfius2.. hehe..sume same je..

"tp akhirnya kami tau apa yg disebalik tersirat..."
cewah, xdpt tahan.. kata2 seorang exkomando KPTI.. heh.. btw pape pun kte think positive... inshaAllah everything goes ok..

faisazli said...

fais ngn din mngmpat??!!
abes yg len2 nk wtpe2??tgk aje ke??...
kesian kt dorang din ..kne skali kes kite wat psl nii...hakhak
smpaikan salam ak untuk sma kalu ade jmpe ye..T_T

Noor Asyila said...

salam..din,sorii lama tak menjenguk..huhu..
ukhuwah mantap masa kat kisas..masa KPTI..huhu..
ko kan ada pengalaman bercakap.."ana dpt laporan..."
klakar aa fathy cite cmtu..terharu pon ade..rindu kat kwn2!!