Wednesday, March 5, 2008

~: 5 Mac..:~

Sabtu 5 Mac 2005

Hurm, ingat lg time nih form 4. BADAR KISAS buat Kem Penghayatan Islam (KPTI) untuk pelajar-pelajar form 4 yang baru masuk selepas sebulan mendaftar, ada juga yg baru beberapa hari daftar kena join gak KPTI nih (third intake). Masa tuh Kem-kom KPTI nih saudara Fayyadh (sekarang kat mesir) dari tingkatan 507. Manakala pengarahnya pula Abg Fauzan kelas 506.

Bermula ceritanya, 4 Mac selepas solat makan tengah hari semua pelajar form 4 kene terus daftar kat dewan besar. Walaupun masa tuh agak berontak sikit sebab ingat nan balik umah, maklumlah sejak sekolah kat Klang nih raser nak balik jer, padahal time kat Kelantan kalau boleh tak nak balik walaupun cuti panjang haha. Selepas sessi pendaftaran Abg Fauzan amik alaih nk berucap skit pastuh nak lantik mas’ul ngn mas’ulah (penghulu & penghuluwati) adess. Masa tuh dok depan, pastuh tetiba Abg Fauzan tanya siapa ader cadangan, dengan ringan tangannya sahabat sekelas saya mast uh angkat tangan dan menyebut dengan lantangnya “Muhammad Aizuddin Paiman” adoii.

Yang tak puas hatinya, asal dia tak pilih calon-calon dulu ??~!! Lpas jer Fahmi cakap nama tuh dier terus tanya “Semua setuju?” yg lain plak gi cakap “setujuuu..” adoiii nak tak nak jd jerla...(ader gak yg cakap tak setuju tp Abg Fauzan wat taktau)adess.

Habis teruk kne marah ngnsenior-senior, ngn liqa’ muhasabahnyer, ngn lambatnya, ngn barang amanahnya, pastuh mas’ul plak kne wat laporan setiap kali ader program gne mic plak tuh adoii dah la tak beser pegang-pegang mic nih seb baik tak terkencing mas atuh gak. If i’m not mistaken mas’ulah masa tuh raden kot. (kalau tak silap laa).

Yang paling bestnya hari sabtu pagi tuh, ada syabab cergas, so cam beser la sumer kne kumpul kat depan blok A, sebagai mas’ul, mmg nk kne cepat la, so apalagi amik kasut pakai kat depan blok A terus, pastuh biler sumer dh dtg Abg Safuan Salam plak jerit dok kira 1-10 (dalam hati ok mengata jer “baru belajar mengira ker” ) huhu. Pastuh cam beser ader jer yg lambat, pastuh dier panggil mas’ul kedepan, masa tuh dok lain blakang sekali. Baru nk melangkah dier teurs kutuk “ Ah lambat betul nta bergerak~!! Ana tak suka la mas’ul antum semua nih~!! Ana nak antum semua lantik mas’ul baru~!!”

Haha pelik kne pecat tp tak raser paperpon. Haha seb baik Assroul Badli amik alih ngn rela hati tak mampu den nk jadi mas’ul kalau asyik kne kutuk jer mahu makan penumbuk senior-senior tuh.

Malam tuh nk masuk sebelum tido baru perasan dh 6 Mac. (tdo pkol 1 lebih).

Ahad 5 Mac 2006

Hurm kenapa la, 5 Mac nih asyik jatuh kat hari KPTI jer saya pun taktau, tp KPTI yg nih sy kne jd kem-kom.

3 Mac Jumaat - Kalau thun 2005 kne pecat dri jawatan mas’ul, tahun 2006 nih plak hamper kne pecat dri jawatan kem-komandan sebelum program bermula lagi (masa para peserta tgh mendaftar) adess. Ustazah Noreidah dtg jumper Azhar selaku pengrah KPTI masa tuh, pastuh Azhar kenalkan sy kat ustazah, ngn spontan ustazah ckp, “Eh nih asal muka garang sangat nih??~!! tuka kem-kom~!!” adess dlu tak terasa hati apa-apa biler kne pecat, tp kali nih agak terasa hati sbb sy ngn azhar pulun gila-gila untuk pkirkan pasal KPTI 06 nih. Seb baik Azhar back-up.

Walaupun dapat back-up dari Azhar, tp still kne warning, takleh kasar-kasar atau tinggi suara. Sebab tuh ada yg kata “apersal la lembut sangat kem-kom tahun nih” tp nk wat camner, sampai ke asrama pon ustazah tinjau so mmg takder masa nk wat marah-marah. Haha

Sabtu malam ahad tuh hajat nk wat muhasabah ringkas-ringkas jer, tp tetiba plak jumper helaian handouts yg tertera ayat Quran ada sebelah tong sampah, so mmg terbuat liqa’ muhasabah laa. Apa lagi dri takder kes nak ungkit, tetiba banyak kes plak, sampaikan kes ader pelajar yg nak panggil Cikgu Aini ngn panggilan “Kakak”. Adess

Lepas habis liqa’ muhasabah tuh Abg Fadeer selaku Presiden Badar panggil siapa yg terlibat ngn marah-marah tuh masuk bilik belakang musolla. Katanya, “Kita dah buat, so kalau ada apa-apa pasnih kita semua kena terima ngn rela hati” . hurm Abg Fadeer ckp cam tuh sbb risau kalau ustazah marah kami wat camtuh, sbb dier pon dh kne warning awal-awal lg sebelum KPTI start.

Haha 5 Mac tuh plak hari ahad, hari last KPTI. Memang penat yg teramat. Abis KPTI dalam pkol 3.30. sy terus balik dan tidur sehinggakan asar pun saya ngn syahmi terpaksa berjemaah pada pkol 5 lebih. Lepas asar plak sambung tido sampai terescape mesyuarat MANIS pada petang tuh. (seb baik exco protokol meuslimat si Fathiyyah tak dtg gak) hahaha.(Syahmi pon tak gi gak haha).

Malam lepas isya’ nk bkak buku baru perasan esok dah 6 Mac.

Isnin 5 Mac 2007

Hurm kali nih sy tak igt sy disibukkan dengan apa, yg pentingnya memang saya terlupa tarikh tuh terus sehingga result SPM keluar pertengahan bulan Mac juga rasanya. Hahaha

Rabu 5 Mac 2008 -2.00 pagi

Sy masih tidak mampu melelapkan mata kerana siku yg injured semasa latihan silat td. Lalu membuka lap-top dan menaip utk blog.

Semenjak menjengah ke alam remaja nih jarang sekali saya begitu alert ngn tarikh 5 Mac nih ntah la sy tak tahu kenapa. Kalau di MML dulu sering juga sy abaikan tarikh ini walaupun ader org yg berkongsi tarikh dengan sy. apapun pada tahun ini sy begitu alert ngn tarikh ini, hurm .

Terima kasih Mak kerana melahirkan din pada tarikh ini. Terima kasih abah keran sudi melyan karenah din selama ini. 20 genap sudah umur yg diberikan ALLAH, harapannya agar umur yg telah lalu akan menjadi hujjah bg diri nih menuju ke syurga ALLAH, dan umur yg mendatang dapat kutempuhi dengan redha-NYA, insya ALLAH.

p/s : 16 safar yg lalu sy menyambut hari lahir yg ke 21 dlm tahun islam. (sy juga amat alert ngn tarikh nih)

"Ya ALLAH, kupinta padaMU segala kebaikan masa kini dan masa mendatang,

samada yang aku ketahui ataupun yang tidak aku ketahui,

dan ak mohon perlindungan padaMU daripada semua keburukan masa kini dan masa mendatang,

samada yang aku ketahui ataupun yg tidak aku ketahui."

6 comments:

LOO (o_o) said...
This comment has been removed by the author.
LOO (o_o) said...

Yang paling jauh dgnmu adalah masa lalu..
Dan yang paling hampir dgnmu adalah KEMATIAAAN... (imam al-ghazali)

Maka bersedialah menghadapai yang pasti itu..All da best

dan said...

Masya Allah, din..terharu membaca kisah ni.

Rasa syahdu pulak tiba2.

Aku tak pernah alert dengan apa2 tarikh. dan bnyk yg aku dah lupakan.

Ah, ye. Lupa.

Slamat Hari Lahir.

[MH] said...

din,aku tak tahu pun...happy birthday din!! sorry2 coz tak alert

Din Paiman said...

fathiyyah : tak suh korang alert pon. btw tq2..

~justpartoftools~ said...

salam...
umur makin bertambah...
amal harap makin bertambah...

selamat hari lahir (belated kot)