Monday, January 21, 2008

~: perubahan :~

hurm hari perama bagi sem baru nih agak memenatkan ....
kenapa yer ?? mental yg tak sedia?? fizikal yg lemah ??? mm tak tau mana silap, mungkin sbb effect dari sesi penyusunan jadual bersama dengan rakan2 lain yg amat memeningkan kepala... mana tak peningnya ader ker patut ader kelas yg stat kol 8pg until 5 ptg non-stop plak tuh adess sian rakan2ku.. persoalannya kalau jadual camtub celah mana nak cari waktu sembahyang ?? takkan nk kejar akademi semata2 ?? biarkan rohani terabai.. andaikata berjaya cemerlang mana pon tak gne kalau takder keberkatan btol tak ??

kelas ekonomi pada pagi td cukup mengujakan saya.. mana taknya our beloved lecturer Mr. Azhan Hassan.. mmg best lecturer nih bg saya seorang yg amat baik, sehinggaan sggup mengorbankan masa hari minggu semata2 utk mencurahkan ilmu pada kami.. walaupun kami merungut keletihan tp sy percaya kejayaan takkan hadir tanpa redha guru yg mengajar btol tak ?? tetapi apa yg memeranjatkan saya ialah apabila beliau mnyatakan hasrat untuk melakukan our 1st quiz next week.. huh mmg hardcore betol subject econs nih rupernyer yer...

haha this sem i'm really syukur ke hadrat Illahi sbb bilik dah dekat ngn tmpt yg sy nak.. sng nak g meeting, sng nak g tmpt ibadat, dan senang macam2 lagi walaupun terpaksa berjauhan ngn teman akrab yg lain.. tp yer la perjuangan menuntut pengorbanan daripada kita semua tak... dah sy yg nak, untuk berjaya kita perlu ubah diri kita sendiri sebelum kita mengubah yg lain... lg pun kalau dtg la pakar motivasi dari serata dunia untuk mengubah diri sy nih boleh ker derg lakukan ngn jayanya ?? tak mungkin bukan sbb kita yg akan menentukan hidup kita sendiri .. teringat sy dlm Quran ada sebut :
.....Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..... (Ar-Ra'd : 11)


hurm sudah jelas kiter sendiri perlu tolong diri kita untuk berubah btol tak ?? teringat plak sy pd surah (As-Shams :8-10) :

8. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa

9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)

10. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

haaa sekarng lihat ALLAH dh tunjuk kat kiter 2 jalan yg jelas, terang lagi nyata, iaitu jalan yg bawa kepada kejahatan dan jalan yg bawa kepada ketaqwaan.. eh bukan ke kedudukan kita disisi ALLAH berdasarkan taqwa kita ???

persoaalannya antara nak atau tak jer.. try baca dan hayati dgn sepenuh penghayatan terhadap awal surah as-shams itu sendiri... yg mana penggunaan perkataan qasam atau bersumpah dengan ciptaan2 ALLAH yang tiada tolok bandingnya menunjukkan teramat rugi lah sesiapa yg mengmbil jalan kesesatan dan amat beruntunglah bg siapa yang mendekatkan diri dengan ALLAH tuhan yg MAHA mencipta...

jadi sy amik la kesempata kat sni nak ajak kita semua sama2 memikirkan tentang masa depan yg tiada pengakhirannya iaitu akhirat dripada kita asyik dengan duniawi sehinngakan lupa dunia ni merupakan bahtera untuk berlayar ke negeri akhirat kelak..

tp beringatlah jgn ketepikan dunia terus kerana kita perlu beriman dengan seluruh isi Al-quran, jd jgn hanya mengamalkan satu ayat dan menolak satu ayat yg lain.. menolak satu seperti menolak semua.. dunia juga perlu dititik beratkan juga (Al-Qasas : 77) :

77. Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.

jadi, marilah sama2 kita koreksi diri kita kembali, agar kita menemukan titik perubahan yg bukan sahaja mampu mengubah diri kita tetapi mengubah masyrakat disekeliling kita juga....

" Ya ALLAH, ampunilah bagi kami segala dosa-dosakami, bapa-bapa kami, ibu-ibu kami,datuk nenek kami, kaum kerabat kami, guru-guru kami serta sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat samada yang masih hidup ataupun yang sudah meningga. Ya ALLAH, bukalah bagi kami pintu-pintu kebaikan, pintu berkat, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu kesihatan, pintu keselamatan, dan pintu-pintu syurga. amin.."

1 comment:

Ammar Faris said...

betul tuh...
mmg zaman nih kiter byk di sibukkan dgn urusan duniawi sampai lupa destinasi kiter yg terakhir..
thanks for the peringatan...
may ALLAH bless u always...