Wednesday, January 2, 2008

~: kewangan:~

"Assalammualaikum" suara abah yang baru pulang dari kerja kedengaran. Maryam Jamilah lantas meninggalkan kerusi didepan televisyen berlari mendapatkan abah.
"Abah esok Anam sekolah" kata Maryam, si abang yang sedang menyiapkan kertas kerja di hadapan komputer hanya tersengih melihat kerenah adiknya yang jadi tak tentu pasal pada petang yang damai tersebut.
"Owh anak abah dah sekolah yer esok." Abah menjawab dengan tersenyum.
"Abah, selalunyer budak darjah satu dapat duit tak?" Maryam bertanya lagi ingin memikat si ayah untuk memberikan wang saku pada hari pertama persekolahan esok.

*************************************

Pergh bebudak sekarang nih tak snagka ak adik saya yang akan melangkah ke alam persekolah esok sudah pandai menanyakan mengenai wang saku. Huhuhu hurm mmg agak geli hati saya time tuh dok tahan gelak bersama-sama ngan adik-adik yang lain.

Seingat saya la, saya mula diberikan wang saku apabila berpindah ke Selangor ketika darjah 2. Darjah 1 memang saya tak dibekalkan wang saku kerana disekolah tersebut tiada kantin, koperasi dan tempat-tempat yang bisa bagi seseorang untuk melaburkan duit.

Darjah dua pun hanya dibekalkan dengan 50sen sehari kerana pihak sekolah akan menydiakan makanan pada waktu rehat. Hurm jadi memang tak tergu a juga duit harian melainkan ketika hari inggu saya akan menggunakannya untuk membuat wau(dulu agak suka ngn wau).

Naik sekolah menengah saya telah diberi kepercayaan oleh kedua ibubapa untuk mengurskan perbelanjaan sendiri. dengan berbekalkan wang saku sebanyak 80-100 sebulan, saya telah gagal utk menguruskan kewangan dengan berkesan terutama ketika berada di tingkatan 2 dan 3 (time nih kuat fly). Adess mmg nasib badan, mujur duduk asrama at least makanan telah disediakan.

Sekarang ?? Alhamdulillah dengan wang tajaan yang cukup dapat juga saya menyimpan sedikit sebanyak setiap bulan bagi perancangan masa depan. Mana tidaknya?? Balik raya haji ke kelantan tuh telah cukup untuk saya terkejut dengan wang penghantaran yang mencecah rm 10,000~!!! adess Katanya pak cik saya tu la harga standard kalau nak kawin sekarang, itu dekat Kelantan, kalau kat "kalau tak cukup duit, call ayah dan, nnt ayah dan bawak gi kawin kat golok (thailand)" huhuhuhuhuhuh

sebenarnya bukan sbb utk kawin jer, tapi sebab yg lebih utama, apabila mak dan abah cakap, nnt kereta baru takder saper leh bawak. adess (dah la kuat berjalan~!!) Hurm abah pun dah banyak kali suruh pakai kereta sendiri, kalau nak support tiap bulan ok gak, nih kne bayar sendiri adoiii tak makan anaknya nnt.

Hurm ssh betol kan biler berbicara pasal kewangan, tambah-tambah lagi dalam keadaan sekarang yang mata pertukaran mata wang semua bergantung pada US dollar. Adess len kali la saya membicarakan dari sudut pandangan economy.

4 comments:

dan said...

waa, intro tu macam permulaan sebuah cerpen yang bakal menang dalam sayembara akn dtg lah din..aku terhidu kemenangan..tulislah, tulislah (dgn nada merayu)

emm, ko minat dgn wau rupanya dulu? knapa skrg tak dah ye? Ke cuma tak dedahkan minat ko?

aku harap duit scholar sem ni aku dpt jimat lebih lagi..haha

Din Paiman said...

haha banyak la ko nyer intro cerpen~!! ak main hentam jer hahaha

hurm agak minat gak, banyak lagi yg ak minat selain wau. cam laga ayam (tp sekarang dah tobat) bkan tak dedahkan tp malas haha

adess ak harap duit scholar ak pon naik gak sng skit nak menyimpan hahaha

[MH] said...

tu la..aku setuju dgn dan..aku ingat cerpen tadi
mana tau ko nak ikut jejak langkah si nazrul aizad tu..hehe
we..ko aktif eh karisma?boleh la jadi cm abg aku..bz memanjang dgn meeting2 karisma spai selalu tak nampak batang hidung kat umah..hehehe..
din,nk kawen jgn lupa jempot eh..haha

Din Paiman said...

fathiyyah : adess ak takder bakat laa. hurm aktif ?? ntah laa adess kalau Akh Wan Am tuh, dh mmg sepenuh masa ngn JIM mmg la sibuk.. kalau Akh WAWI, hurm mgkin sibuk gak kot.. tp ak plak tak sesibuk derg. teringin nak jd sibuk ngn kerja2 dakwah nih tapi bila yer ??

adess kawin, kawin, kawin agak bosan.. lmbt lagi laa. ko kawin dlu baru ak kawin insya ALLAH..