Thursday, December 13, 2007

~: MALAYSIAku & DEMOKRASI:~


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrim boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).

Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:

  • Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, samada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki dotrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.
  • Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil
  • Rakyat diberi hak mengundi
  • Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya)
  • Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain
  • Kebebasa persatuan
  • Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law
  • Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik
Kat atas nih sumer ak amik dari wikipedia.. tapi ntah la sakarang ak dok kat malaysia nih raser cam pelik jer..

Aper yang dikatakan DEMOKRASI biler ahli parlimen sendiri dihalang dari memasuki bangunan parlimen lantas ditangkap tanpa POLIS menunjukkan waran tangkap oleh mahkamah ??

DEMOKRASI kot biler rakyat keluar berdemonstrasi untuk meluahkan apa yg mereka mahu tapi dilayan sebegitu "baik" oleh pihak berkuasa.

DEMOKRASI kot apabila seorang pemimpin pembangkang ditangkap dalam perjalanan menghantar anak perempuan sendiri ke rumah besan untuk majlis perkahwinan. Mana janjimu pihak yg "berkuasa" owh baru kutahu rupa-rupanya POLIS bertindak mengikut negeri kerana perjanjian POLIS Perak terbatal bila masuk ke Pulau Pinang. (kalau camtuh boleh la ak merompak kat negeri johor pastuh lari ke Negeri Sembilan).

Pelikkan kita amalkan DEMOKRASI disebabkan oleh kita mengambil cara pentadbiran oleh BRITAIN, tetapi perhimpunan BERSIH yang turut diadakan di kota LONDON berhadapan Malaysian Hall dibenarkan oleh pihak berkuasa BRITAIN plak. Memula orang-orang kat Malaysian Hall tuh tak puas hati la bila ader orang berpiket kat depan hall tuh lalu tepon POLIS. Tapi bila Polis sampai tanya ketua kumpulan piket tuh pasal surat kebenaran, then biler tunjukkan surat kebenaran POLIS tuh biarkan jer. Tapi alahai, negaraku yg tercinta nih ssh plak nak dapat permit. Tapi biler ada la satu badan tuh nak wat tunjuk perasaan depan kedutaan aper tah tahun lepas boleh plak.(takder permit gak, ader FRU tp tak gne maner) Oh terlupa saya sebab ketua tunjuk perasaan masa tuh anak menantu Pemimpin yang ku sayangi.

Ntah la rakyat yg keluar bg meluahkan perasaan dikatakan BERUK. Adoi aper nih??~!! Kau yg kata beruk tuh bkan Pemimpin lagi la~!! Kami semua nak DEMOKRASI kat Malaysia nih ADIL~!! Bkan aper pon.. yang tkut sangat tuh asal ?? Owh teringat dlu waktu kecik-kecik mak selalu pesan, "kita kena berani kalau kita benar" tp ntah laa aper yer salah korg sampai tkut sangat ???

hurm pelikkan selaku rakyat negeri maju nih, kekadang kne kutk ngan kenalan, sebab aper yer.. haa sebab time bulan Ramadhan hari tuh kat negeri ak tinggal nih tak dibenarkan kuliah selepas terawih. Adoii kata ISLAM HADHARI, nak ikutkan ISLAM HADHARI tuh dah ikut maqasid Syariah (katanya SS Dato' Seri Harunsani Zakaria), tapi asal plak tak dibenarkan kuliah?? adoii negaraku tercinta....

Kalian mesti ingatkan pasal Lagu Negarakuku... hu yg dinyanyikan oleh seorang pelajar Malaysia di Taiwan, bkan setakat mengutuk negara ak yg tercinta nih, tapi turut mengutuk Agama, tp senang-senang jer dimaafkan budak tuh. Tp biler kita mengata buruk-buruk pasal kerajaan negara tercinta nih melalui BLOG, ader jer yg nak kne saman dan bermacam-macam lagi.

Hurm kata negara yang ak cintai nih endokong DEMOKRASI, adoi tpkan bangunan yang melambangkan DEMOKRASI pon dah dicabul ke DEMOKRASIannya nak kata aper lagi ??

Dah la malas saya nak tulis banyak pasal DEMOKRASI dan negara saya yang tercinta nih. tp saya ader menda nak tuntut gak ..
  1. Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil
  2. Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya)
  3. Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain
hurm negara DEMOKRASIku yang kucinta.

p/s : artikel nih ditulis kerana ketidakpuasan hati seorg rakyat negaraku tercinta ini.

No comments: