
C . I . N . T . A
Adess baru-baru nih sempatla jugak diri ini melepakkan diri bersama-sama dengan beberapa orang teman di salah sebuah mamak stall yg terdapat di bandaraya Shah Alam.
Fuhh.. mmg tak dinafikan manusia yang bergelar remaja zaman sekarang sering kali mengutarakan topik perbualan yg agak megelirukan, iaitu permasalahan cinta.. (adoiii dh takder mende lain ker ??)
Teringat kata-kata ibunda sewaktu beliau menghantar diri ini melangkah ke alam persekolahan menengah.
Bonda : nnt kat sini belajar elok-elok jangan rumitkan kepala dengan benda-benda tak
berfaedah.
diriku : benda apa mak ? (sengaja wat bodo)
ibunda diam tanpa menjelaskan.....
hurm baru melangkah ke alam sekolah menengah tp itu pesanan seorang ibu buat anak nya.
Taktau la 14-7 nnt aper pula pesanan yg bakal ak terima, mungkin bukan sekadar pesanan tp lebih kepada amanah yg perlu dipikul oleh seorang yang bergelar anak. Yang pastinya akan terdapat unsur agar ak ketepikan masalah percintaan..
hahahaha
Teringat salah satu kuliyyah yang pernah ak hadirkan diri tidak lama dahulu oleh Ust. Shamsuri kalau tak silap..
kata beliau, di zaman para sahabat dahulu terdapat seorang anak muda yg telah jatuh hati kepada seorang anak gadis.
lalu disampaikanlah berita mengenai hal pemuda tersebut kepada ayahnya (ayah pemuda tuh laa)
Lalu si ayah dengan serta merta mengucapkan kalimah tahmid menunjukkan betapa bersyukurnya dia terhadap Ilahi yg telah menganugerahkan anak tersebut kepadanya.
Orang sekeliling berasa pelik lalu bertanya :
"Mengapa kau berasa bersyukur dengan anak mu itu ?"
"Aku bersyukur kerana ak telah dianugerahkan dengan seorang anak yg telah berada pada fitrah yang betul" jawab si ayah.
hurm kan.. sudah terang lagi bersuluh sejak dulu agi perasaan cinta tidak dpt diketepikan lagi..
tidak lagi digarapkan cerita bagaimana zulaikha telah tertawan dengan bagin Yu soff a.s..
tidak lihat lagi bagaimana ceritanya baginda Rasulullah s.a.w menyayangi Siti Khadijah sehinggakan tidak dimadukan dan terasa kehilangan pada tahun 10 hijrah.
hebat...
tetapi sudahkah kita mampu utk menggalas satu perkara yg dianggap biasa pada remaja walhal mereka melakukannya dengan ajaran yg jelas bertentangan dengan apa yg diajarkan oleh baginda Rasulullah dan yang paling penting telah melanggar syariat yg telah ditetapkan oleh Yang Maha Adil...
Hurm...
kan dah melalot...
berbalik kepada cerita asal...
macam mana la kawan-kawan ak nih leh persoalkan hal cinta antara dua jantina ?? sedangkan masing-masing memang diketahui agak sibuk dengan pelbagai assignment yg perlu disiapkan tetapi mereka lebih suka bila berbicara menganai cinta..
adoii
ader yg pernah ditangkap khalwat ketika dating dengan pasangan di salah satu pusat membeli belah di KL (ditangkap oleh kenalan sendiri bkan jabatan agama), ada yang menceritakan pengalaman duduk semeja dengan seorang perempuan sampai pukul 2pagi (takder kerja ker ??), sdan pelbagai cerita yg agak melucukan jika didengar...
tiba-tiba keluar satu soalan maut yg dilontarkan kepada diri aku.
"Din ko minat kat saper? "
hahahahahahaha bangang punya soalan~!!!
ader ke tanya ak~!!
sampai bebila ak tak bgtau, pasal ak tak tau saper sebenarnya yg ak ske...
mungkin nih hasil dr cubaanku utk memblock minda dr memikirkan permasalahan cinta..
hahaha
hasil kerja keras selama menerima tarbiyah kat bumi waqafan sehingga kini telah sedikit sebanyak menjadikan "aku" yang sekarang. Tetapi menipula kalau ak cakap ak tak suka sesiapa, pasal td pun ak dh ckp mmg fitrah manusia utk menyukai org yg berlainan jantina, tp biarlah perkara ini k pendam sendirian kerana lama kelamaan akan dilupakan juga...
hahahaha
paperpon diri ini ingin sekali mengambil kesempatan disini bagi mengajak semua rakan serta taulan kembali menghayati sirah perjuangan muda-mudi dizaman kebangkitan islam...
agar ianya menjadi pembakar semangat utk kita terus berusaha menegakkan kalimah tauhid di muka bumi ini.
Tidakkah kalian ingat, perempuan baik ntuk lelaki yg baik, begitu juga sebaliknya...
Tolonglah agama ALLAH, nescaya ALLAH akan menolong dalam segala hal kamu....
hurm sekian bebelan pada kali ini...
3 comments:
salam..
radin nih.. intec x kasi ak sign in blogger account kot.. maka gunale x de nama nih..
satu sln.. mamak stall kat shah alam tuh yg depan intec ke? huahua..
btw, finally u got ur final decision rite.. nak amik biz le kan.. all da best.. smg jadi biznezman cam Abdul rahman bin auf dan sekaya Nabi Sulaiman(nih, ak rasa x logik ko nk dpt.. haha)
Allah yu awwik.. (asalnya Allah yuqaiwik, tapi faham2 le ammi nih kan..hihi)
seorang budak bertanya kepada din satu soalan gempak...."din, ko suka sape?"
maka din pon menjawab...
"aku suka pada PENCIPTA SEGALA CINTA...CINTA YANG BUKAN FANA'..TAPI ABADAN ABADA..CINTAKU PADANYA..TUHANKU YANG MAHA ESA"
din,PERGHHHHHHHHHHH
hehehe
adess ak pon taktau la nak cakap aper....
kalau ak jd cam Abdul Rahman bin Auf senang skit...
tak nak jd cam peniaga yg kumpul harata semata²
weh SS ak dah ckp ak taktau nak ckp aper..
tp jawapan yg ko tolong bg tuh smart gak leh gne nnt ..
hahaha
Post a Comment