Sunday, July 5, 2009
~: Sajak Kesetiaan :~
hurm lama sungguh tak update blog nih, mungkin kekangan idea yg sukar dilontarkan melalui penulisan.
Tadi berjalan-jalan di blog-blog yg terdapat di alam maya ini lalu terjumpalah dengan video ini...
try la tgk, hasil nukilan Pengerusi Lajnah Tarbiyah DPPNP..
Moga kita thabat dalam perjuangan.
Monday, April 27, 2009
~: Liqa' Pokok :~
Husnu Dzhan, Salamatus Sadri, Ithar
Allahamdulillah pujian rasa syukur diungkapkan buat tuhan yang setiap nyawa dan kejadian berada di tangan NYA.2215 25 April 09
Berada diatas katil dengan tekad menghabiskan pembacaan ringan keatas 'Cinta & Rona Kinanah'. Sengaja membeli buku tersebut sekadar ingin merehatkan otak buat seketika melalui pembacaan. Sedang membaca masuk satu SMS dari seorang sahabat " Jej0m j0ging, kmpl kt msjd lama 7.15.. 4ward kt rkn2 len...". Hurm akibat terlalu terpesona dengan hasil tulisan pelajar di ardhul kinanah membuatkan diri antara endah tak endah terhadap SMS tersebut. Usai merehatkan minda capai pula buku yang bertajuk "Tokoh-tokoh Gerakan Islam abad moden" haih jawabnya rehat lg minda nih.
2259
satu lagi SMS yang sama tetapi daripada sahabat yang lain menjenguk ke dalam peti surat 'telefon genggam'. Alhamdulillah lantas bibir merungkap rasa syukur. bersemangat sahabat-sahabat dalam meletakkan ukhwah sebagai salah satu pemangkin perjuangan.
0630 26 April 09
Usai solat subuh dan ma'thurat bersama sahabat, diri ini lantas mencari katil yang seakan-akan memangil-manggil untuk disopani. Kalau sebelum ini lpas subuh akan berehat diatas lantai sahaja, mungkin lantai yg menjadi tempat tidur kami sebagai jalan mudah untuk bangun subuh. Namun atas sebab masalah yg tidak dapat dielakkan, atas nasihat doktor yg ditemui, nasihat terpaksa diikuti bg memelihara derita tulang belakang yg saban hari memeritkan.
Membaca dan terus membaca lantas tertidur bersama buku di tangan.
0700
Terjaga dari lelap yang sekejap, memkirkan perkara yang perlu dihadiri dan dilakuakan pada hari in, lantas teringat akan sahabat-sahabat yang menanti. Ya ALLAH, ku capai tuala membersihkan diri.
0710
Gerak sahabat untuk sama-sama menyertai, namun sahabat ku ini mempunyai perjanjian dengan anak usrah yang dikasihi. Menguatkan tekad dan azam melangkahkan kaki walaupun tahu pada saat ini sangat bahagia jika tidur mnjadi teman di waktu dinihari.
Dalam perjalanan sempat singgah di bilik Amndesign, tp maklumlah calon suami (bg muslimat) yg soleh nih sgt kuat kerjanya, membasuh pakaian di pagi hari minggu sgt dilazimi.
0717
Sampai diperkarangan tempat yg dijanjikan. Hurm takpelah walaupun tak semua ader kami perlu teruskan agenda ini. sahabat yang sudah sedia menanti tak sabar-sabar nak berlari. Minggirkan diri wat seketika untuk merenggangkan otot terlebih dahulu, risau jika perkara lama berulang kembali.
Berlari dan terus berlari, walaupun hanya menghabiskan masa dengan berlari, namun hati ini sangat terusik dengan pelbagai telatah sahabat-sahabat yang nmpak seakan-akan sudah dewasa, tetapi perlu disediakan ruang dan peluang bg mereka untuk berperangai seperti kanak-kanak, akhirnya terjebak sekali haha
ikutlah apa orang kata, kami tetap kami, asalkan tidak langgar batas syariat insya ALLAH kami redah aje.
Walaupun tak semua turun insya ALLAH mereka semua tetap dihati kami.
Dari trek jogging beralih ke pokok, dari pokok beralih ke jambatan, dari jambatan ke batu, dari batu minggir ke pokok semula. hurm mmg hebat btol sahabat-sahabat nih. asal ader tempat yang boleh wujudkan kebersamaan, disitu akan jadi arah tujuan.
hurm perhatikanlah gelagat sahabat-sahabat yang dikasihi.
Saturday, April 25, 2009
~: Ijtimak Sanawi :~
“Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang mukmin,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……" (At-Taubah : 111)
Salam alaik,
Maha suci tuhan yang mengurniakan tangan serta kudrat bagi hambanya yang berjuang di jalanNYA bagi meyebarkan syariat Islam agar menjadi cara hidup yang diamalkan oleh setiap masyarakat.
Bahang peperiksaan yang semakin menyengat, telah menampakkan teriknya apabila ramai sahabat-sahabat sudah mula memakukan diri didalam bilik berteleku dihadapan buku-buku mahupun nota-nota yang akan menjadi bekalan pada peperiksaan yang akan datang menjelma kurang 2 minggu lagi.
Apa yang ingin dicoretkan pada kali ini bukanlah mengenai persediaan diri terhadap peperiksaan yang bakal menjelma, tetapi menjurus kepada Ijtimak Sanawi Rakan Masjid yang diadakan pada minggu lepas. Alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH hanyasanya Dialah tuhan yang memberi segala kekuatan kepada diri dan sahabat-sahabat lain bagi memacu perjuangan Islam di bumi UTP ini.
Ijtimak yang buat julung-julung kali diadakan baru-baru ini telah memberikan satu nafas baru kepada saf kepimpinan Rakan Masjid bagi mendengar serta meneliti pandangan-pandangan ahli dari peringkat akar umbi.
Dengan senyuman yang sentiasa menguntum dikalangan saf kepimpinan sesi 08/09 sepanjang Ijtimak berlengsung merupakan tanda keterbukaan hati menerima sebarang pandangan, teguran dan juga kritikan yang membina bagi memacu perjuangan yang didokong selama ini.
Mungkin kecil perjuangan yang didokong ini jika dibandingkan dengan perjuangan menegakkan Islam diluar UTP, tetapi semoga dengan adanya segolongan yang menyeru kearah kema'rufan dan mencegah kemungkaran ini sedikit sebanyak dapat membentuk serta membina suasana yang soleh didalam diri ahli seterusnya disebarkan kepada masyarakat kampus.
Alhamdulillah keberadaan diri bersama saf kepimpinan yang lepas telah memberikan 1001 kenangan yang sukar untuk dilupakan. Khemah Ibadah, KHAS1 (memori pokok getah), Meeting marathon, Family day, liqa', usrah dan sebagainya telah menyebabkan diri ini begitu sayu memikirkan ukhwah yang terbina selama ini akan pergi meninggalkan diri. Diharapnya tidak akan terjadi semoga ukhwah yang terbina terus mekar disulami iman dan taqwa ditambah lagi dengan pelukan rahmah dan kasih sayang ALLAH.
Diri percaya ukhwah yang difahami itu bukan sekadar apabila berjumpa mampu bergelak tawa mahupun berkongsi rasa, tetapi apabila perpisahan menjelma doa turut megiringi dalam hati. Doa yang dipanjatkan kehadrat Ilahi akan terus dilantuni bagi memelihara ukhwah ini.
Berikut merupakan sedikit rakaman kenangan sepanjang Ijtimak Sanawi berlangsung :
"Ya ALLAH ku bersimpuh menghadapMU. Mengharapkan maghfirah dariMu atas segala khilafku ya g telah lalu mahupun yang akan datang, Ku memohon padaMU agar diberikan kekuatan bagi diri ini bagi menyampaikan dakwah ke jalan MU. Ya ALLAH tautkanlah hati-hati ini dengan tautan kasih dan sayang kerana MU, agar hati-hati ini sentiasa mengingati dan menunaikan tanggungjawab selaku hambaMU, Tunaikanlah permintaan diri ini Ya Rabbul 'Izzati.."
Monday, April 20, 2009
~: Lagu Rasmi Rakan Masjid :~
Bersatulah kita di jalan Allah
Berjihadlah kita di medan Allah
Menegakkan syiar Islam tercinta
Moga mendapat keredhaan-Nya
Perjuangan ini satu perdagangan
Selamatkan kita dari azab neraka
Itulah janji Allah yang Esa
Tuhan sekalian alam semesta
Perjuangan ini tidaklah mudah
Penuh dengan noda dan ranjau dunia
Bersatulah kita di jalan Allah
Demi menegakkan Islam tercinta
Bersatulah kita di jalan Allah
Berjihadlah kita di medan Allah
Demi membina bi’ah solehah
Bersama perjuangan Rakan Masjid tercinta
Perjuangan ini tidaklah mudah
Penuh dengan noda dan ranjau dunia
Bersatulah kita di jalan Allah
Demi menegakkan Islam tercinta
Bersatulah kita di jalan Allah
Berjihadlah kita di medan Allah
Demi membina bi’ah solehah
Bersama perjuangan Rakan Masjid tercinta
Perjuangan ini satu perdagangan
Selamatkan kita dari azab neraka
Itulah janji Allah yang esa
Tuhan sekalian alam semesta
Lirik : Hamzah Nawawi
Adunan Suara & Muzik : Zul Aiman
Alhamdulillah segala puji bagi tuhan semesta alam, yang mengurniakan kudrat kepada hambanya agar terus berjuang dalam menegakkan syiar Islam di serata dunia. Mehnah dan tribulasi bukan penghalang segalanya, kerana keyakinan pada ALLAH yang ESA.
Baik murabithun Rakan Masjid ataupun tidak.
Mantan Presiden menintiskan air mata sewaktu pertama kali mendengar lagu yang mempunyai 1001 makna tersirat ini.
Mantan Bendahari 1 menangis teresak-esak tanpa dapat dikawal dek lagu yang menyentuh hati ini.
Mantan Masul Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan terpana seketika lalu melarikan diri dari ramai orang kerana air mata yang tak dapat ditahan dari terus berjujuran.
Dan ramai lagi, bukan kerana hati kami yang lemah dan sebagainya, tetapi kerana kesedihan dan penghayatan yang tidak dapat dibayangkan malahan tidak tahu dinukilkan dengan kata-kata bagaimana perasaan hati ketika mendengar lagu tersebut.
Ya Allah kurniakan kekuatan buat kami, ku mohon agar diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang penuh dengan noda dan ranjau dunia ini. Satukanlah kami dijalan-MU bagi menegakkan Islam yang tiada bandingannya. Tanamkan semangat kesatuan dan jihad yang utuh dalam dada kami bagi mengharngi segala mehnah dan tribulasi yang mendatang.
Diri ini sedar Ya ALLAH bukan mudah untuk berjuang dijalan MU, jika perjuangan ini dibentangkan dengan karpet merah, nescaya ramai yang akan meleburkan diri bersama perjuangan ini. namun perjuangan ini merupakan satu perdagangan yang memerlukan kekuatan dan pengorbanan yang tinggi bagi menempuh segala cabaran dan dugaan kuatkan kami Ya ALLAH.
Monday, April 13, 2009
~: Maaf dipinta :~
Dengan nama ALLAh yang maha Pengasih lagi maha mengasihani.
Ya ALLAH sedar tak sedar dekat satu semester blog ditinggalakn bersawang. Maaf kepada sahabat-sahabat yang dirindui, dikasihi, dan disayangi keran ALLAh sekalian. Jari kususun memohon kemaafan jika membuatkan sahabat tertunggu akan perutusan di blog yang tidak kemana.
Sebenarnya bukanlah kepandaian diri ini dalam menuturkan bait bait kata yang mampu meruntun hati, bukanlah kelebihan hamba dalam menyusun perkataan-perkataan dan sebagainya namun diri ini masih lagi diberi kekuatan disaat ini untuk menekan papan kekunci yang ntah sampai bila akan menemani diri ini.
Terlalu banyak perkara yang inign dinukilkan setelah sekian lama tidak menaip diruangan ini, namun biarlah perkara-perkara tersebut dialbumkan didalam hati ini.
Monday, October 6, 2008
~: Kembara Jalinan Ukhuwwah :~
Jadi atas inisiatif beberapa orang sahabat, Alhamdulillah Kembara Jalinan Ukhwah 1429 berjaya juga dijalankan walaupun penglibatan kurang memuaskan (ada perkara yang lebih besar mungkin).
Pada mulanya program ini hanya melibatkan dua orang sahaja, tetapi dari detik ke detik ianya semakin bertambah. Program bermula di rumah sendiri yg diziarahi oleh saudara Shamel. Kemudian dari Batu Belah kami berangkat ke Kg. Delek menuju ke rumah seorang sahabat dari kelas 511 Saudara Naufal. Banyak perbincangan yang dilakukan di umah beliau antaranya ialah program Open House dan juga Futsal. Tarikhnya telah ditetapkan pada 18 Oktober 2008. Nampaknya tarikh yang dipilih ini telah bertidih dengan tarikh Jamuan Hari Raya ALKIS di KISAS pada waktu yang sama. Takpe kita ramai-ramai gi serbu dua-dua tempat.
Kemudian kami (Ak & Shamel) meneruskan perjalanan ke Gombak menuju rumah Akh Muzakkir. Seperti biasa hidangan mee takkan terlepas dari rumah muzakkir nih setiap kali kami bertandang.
Seterusnya kami berangkat menuju ke rumah salah seorang AJK Kebajikan ALKIS, Ummi Rose. Banyak perkara yang dibualkan walupun pada masa yang sama kami agak tak menang tangan menjawab telefon daripada sahabat-sahabat yang lain untuk memudahkan urusan pada sebelah malamnya pula. Diharapnya agar pertemuan dengan salah seorang AJK ALKIS dapat membuka satu episod baru dalam diri Generasi SPM 06 KISAS. Mana tidaknya kalau sebelum nih kebanyakan tak puas hati ngn ALKIS, tapi Insya ALLAH pertemuan kali ini mampu merapatkan jurang antara kita semua.
Seterusnya tujuan kami adalah area Bangi, Adess malang bagi kami apabila terperangkap dalam kesesakan lebuh raya. Dikatakan seorang teman melalui telefon masa yang perlu diambil dari Zoo Negara ke TESCO Ampang hanya seminit, tapi adess seminit la SANGAT~!!! Sejam lebih, hurm bayangkan macam mana plak seminit leh jadi sejam?? adakah sebab jarak yg terlalu jauh atau sebab kesesakan lebuh raya atau sebab salah estimate ?!!! Apapun kali ini kami jadi berlima hihi. (tambahan Muzakkir, Azhar, Mahfuz).
Sesampai di Bangi kami terus menuju ke rumah Akh Marwan AMZ. Adess sesampai jer keruamah beliau bukan tangan yg dihulur utk disalami tapi Majalah Dewan Sastera plak yg dihulur, Kenapa yer ?? huhu sebab dier nyer cerpen dah masuk Majalah~!!!! huish Marwan... jangan berlagak sgt.. hehe (tp ak dengki gak).
Then duduk kat umah Marwan punya la lama, sembahyang kat sana, then cek majalah RESTU balik dok gelak sana-sini kongsi pengalaman, waa best sangat2. Tetiba Marwan bisik kat telinga "Din I really miss this situation", mana taknya melayan karenah sahabat-sahabat mmg memeningkan kepala campur pulak dengan si Shamel ngn Mahfuz yang baru mencecah umur 18 tahun.. Time nak berangkat ke KLIA tuh plak, tetiba Professor Dr. Abdullah Md. Zain (Ayah Marwan) keluar, sempat berkongsi cerita malahan beliau tanpa diminta turut memberi kata-kata perangsang serta sedikit nasihat yang mambina kepada diri kami. Insya ALLAH nasihat tersebut akan berguna sepanjang hidup ini.
Kini tiba giliran menjengah ke KLIA. Haa?~!!! KLIA ?? Wat per ke sana nak beraya ke sana ker ?
Ish, bukan beraya la, tapi tujuan kami kesana bagi mengiringi keberangkatan sahabat serta sahabiah ke bumi anbiya'. Kali nih Rasydan turut bersama kami.
Tak sangka betul, dalam menanti detik-detik peperiksaan STAM, mereka ditawarkan dengan biasiswa tajaan Amanah RAya Berhad bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang Syariah ke Universiti Al-Azhar - Empire of Knowledge-. Kesemua mereka yang menerima biasiswa adalah 23 orang, dan Majoritinya adalah pelajar KISAS. Beruntung benar dikau sahabat. Semoga pemergian kalian ke sana sentiasa dinaungi rahmat ALLAH yang tiada taranya.
(tiada dalam gambar Izzaz, Abg Mat, Abg Rauf, Mahfuz)
Apa yang menariknya pasal sahabat-sahabat sy nih, derang nih bukan tak berpeluang ke Universiti dengan kelulusan SPM, malahan mereka nih sangat-sangat layak. Tetapi atas kesedaran untuk memperjuangkan agama ALLAH dimuka bumi ini, mereka tetap dengan pendirian melanjutkan pengajian dalam bidang agama. Hurm siap ada yang meletakkan tepi tajaan PETRONAS utk melanjutkan pelajaran dalam bidang syariah. Tahniah sahabat-sahabat. Bagi yang menambil bidang lain jangan kalian lupa kalian pun mempunyai tanggungjawab untuk memperjuangkan agama ALLAH nih.
Sahabat KI 05-06 Tajaan ARB Syariah Al-Azhar :
Hakimi Mat Salim (502)
Rahim Ahmad (508)
Nazrul Aizad (509)
Hafiz Karim (503)
Jaid Hafizi (503)
Farahin (503)
Siti Sabiha (510)
Sahabat KI06-07 Tajaan ARB Syariah Al-Azhar :
Tuan Mohd Hanif
Izzat Naqib
Syazwan
Naqiuddin
Fikri Aiman (Aiman Kisah)
Fakhri
Hurm semoga kalian sentiasa berada dibawah lembayung Rahmat ALLAH..
Sunday, September 28, 2008
~: Kad Raya RM:~
Sekejap jkerkan rasa, pejam celik- pejam celik tengok-tengok Ramadhan bakal meninggalkan kita, hurm rasanya sudah sampai masanya untuk kita cek balik amalan kita selama kita melalui Universiti Tarbiyyah Dakah kita akan lulus dengan jayanya atau tidak ?? Agak-agaknya bagaimana ya amalan kita selama mengikuti tarbiyyah Ramadhan nih ?? Harapnya kita bertambah baik selepas melalui Ramadhan kali ini.
Owh ya terlupa pula, Khamis malam jumaat tetiba Presiden RM menelefon menanyakan mengenai Kad Hari Raya RM, bagaimana sudah siap atau belum, Ya ALLAH dengan terkejutnya dok fikir balik, bila masa ana kena assign wat kad nih ?? hurm takper mungkin ader miscommunication. Try tanya Yazid selaku PnP LTK samada beliau mampu menyiapkan atau tidak, setelah berfikir jawapan nya tidak...
Akhirnya terus menghubungi Mas'ul LIM (LAjnah Informasi dan Multimedia) Alhamdulillah beliau bersedia menerima tanggungjawab nih. Akhirnya kad di bawah terjadi....

(p/s : jangan cari gambar ak dalam nih mmg takder hihi)
Akhir kalam, selamat hari raya dan selamat kembali kepada fitrah...
